Skip to content
ActIn force

Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2000
Sections
25
Languages
MS · EN

Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 is Malaysia Act, cited as Act 603 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 603

AKTA PENGUATKUASAAN

KONVENSYEN PERIUK API

PEMBINASA ANGGOTA 2000

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 2

Tarikh Perkenan Diraja

… … …

30 Mei 2000

Tarikh penyiaran dalam Warta …

... … …

15 Jun 2000

Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api

Pembinasa Anggota 3

Akta 603

AKTA PENGUATKUASAAN KONVENSYEN PERIUK

API PEMBINASA ANGGOTA 2000

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk menguatkuasakan Konvensyen tentang Larangan Penggunaan, Pengumpulan Stok, Pengeluaran dan Pemindahan Periuk Api Pembinasa Anggota dan tentang Pemusnahannya; dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Oktober 1999]

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA mengikut Perkara 17 Konvensyen tentang Larangan Penggunaan, Pengumpulan Stok, Pengeluaran dan Pemindahan Periuk Api Pembinasa Anggota dan tentang Pemusnahannya— “1. Konvensyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada hari pertama bulan yang keenam selepas bulan surat cara yang ke-40 ratifikasi, penerimaan, kelulusan atau kesertaan telah disimpan.

Seksyen 2

Bagi mana-mana Negara yang menyimpan surat cara ratifikasi, penerimaan, kelulusan atau kesertaannya selepas tarikh penyimpanan surat cara yang ke-40 bagi ratifikasi, penerimaan, kelulusan atau kesertaan, Konvensyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada hari pertama bulan yang keenam selepas tarikh Negara itu menyimpan surat cara ratifikasi, penerimaan, kelulusan atau kesertaannya.”:

DAN BAHAWASANYA surat cara ratifikasi yang ke-40 tersebut telah disimpan sedemikian oleh Burkina Faso pada enam belas hari bulan September 1998 dan oleh yang demikian Konvensyen mula berkuat kuasa pada satu hari bulan Mac 1999:

DAN BAHAWASANYA Malaysia telah menyimpan surat cara kesertaannya pada dua puluh dua hari bulan April 1999 dan oleh yang demikian mengikut Perkara 17 tersebut Konvesyen mula berkuat kuasa setakat yang berkenaan dengan Malaysia pada satu hari bulan Oktober 1999:

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 6

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penguatkuasaan Konvensyen

Periuk Api Pembinasa Anggota 2000.

Tafsiran

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“kawasan berperiuk api” ertinya kawasan yang berbahaya kerana periuk api ada atau disyaki ada di situ;

“Konvensyen” ertinya Konvensyen tentang Larangan Penggunaan,

Pengumpulan Stok, Pengeluaran dan Pemindahan Periuk Api

Pembinasa Anggota dan tentang Pemusnahannya yang mula berkuat kuasa pada satu hari bulan Mac 1999, dan termasuklah apa-apa pindaan kepada Konvensyen itu yang diratifikasi, diterima, diluluskan atau disertai oleh dan mula berkuat kuasa bagi Malaysia;

“Menteri”, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;

“pemindahan”, berkenaan dengan periuk api pembinasa anggota, termasuklah, sebagai tambahan kepada pergerakan fizikal periuk api pembinasa anggota ke atau dari Malaysia, pemindahan hakmilik kepada dan kawalan ke atas periuk api pembinasa anggota, tetapi tidak termasuk pemindahan mana-mana wilayah yang mengandungi tapak periuk api pembinasa anggota;

“peranti antikendali” ertinya peranti yang dimaksudkan untuk melindungi periuk api dan peranti itu menjadi sebahagian daripada, dirangkaikan kepada, dilekapkan pada atau ditempatkan di bawah periuk api dan peranti itu menjadi aktif apabila suatu cubaan dibuat untuk mengusik atau selainnya dengan sengaja mengganggu periuk api itu;

“periuk api” ertinya senjata yang direka bentuk untuk ditempatkan di bawah, di dalam, di atas atau dekat dengan tanah atau kawasan permukaan lain dan supaya meletup dengan kehadiran, kedekatan atau sentuhan orang atau kenderaan;

Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api

Pembinasa Anggota 7

“periuk api pembinasa anggota” ertinya periuk api yang direka bentuk supaya meletup dengan kehadiran, kedekatan atau sentuhan orang dan yang berupaya untuk mentidakupayakan, mencederakan atau membunuh satu orang atau lebih; tetapi periuk api yang direka bentuk supaya meledak dengan kehadiran, kedekatan atau sentuhan kenderaan berbanding dengan orang, dan yang dilengkapi dengan peranti antikendali, tidaklah dianggap periuk api pembinasa anggota akibat dilengkapi sedemikian.

Seksyen 3

Larangan

(a)

menempatkan periuk api pembinasa anggota di bawah, di dalam, di atas atau dekat dengan tanah atau kawasan permukaan lain dengan niat untuk menyebabkan letupan periuk api pembinasa anggota itu;

(b)

menghasilkan, mengeluarkan atau selainnya memperoleh, mengumpul stok, menyimpan, memiliki atau memindahkan periuk api pembinasa anggota kepada mana-mana orang, secara langsung atau tidak langsung; atau

(c)

dengan apa-apa cara membantu, menggalakkan atau mendorong, mana-mana orang supaya melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan yang dilarang oleh Akta ini.

(2)

Kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri dan tertakluk kepada pematuhan undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan import dan eksport, tiada seorang pun boleh mengimport atau mengeksport periuk api pembinasa anggota.

Pengecualian

Seksyen 4

Seksyen 3 tidak melarang—

(a)

penempatan, pemerolehan, pemilikan atau pemindahan sebilangan periuk api pembinasa anggota, sebagaimana yang dibenarkan di bawah seksyen 8, bagi peningkatan, dan latihan dalam, teknik pengesanan periuk api, pembersihan periuk api atau pemusnahan periuk api;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 8

(b)

pemerolehan, pemilikan atau pemindahan periuk api pembinasa anggota dalam penjalanan tugas atau pekerjaan bagi maksud menyebabkan periuk api itu tidak berbahaya atau bagi pemusnahannya;

(c)

pemerolehan, pemilikan atau pemindahan periuk api pembinasa anggota yang telah dinyahaktifkan dengan—

(i)

mengeluarkan segala bahan letupan, termasuk cas penyebuan, cas penggalak dan cas utama, dari periuk api pembinasa anggota itu, termasuk dari apa-apa fius, kap letupan atau peledak; dan

(ii)

mengeluarkan atau memusnahkan mekanisme penyebuan atau peledakan periuk api pembinasa anggota itu atau menyebabkan mekanisme itu tidak dapat digunakan sehingga fungsinya tidak mudah dipulihkan; atau

(d)

penyertaan dalam operasi, latihan atau kegiatan ketenteraan lain dengan angkatan tentera sesuatu negara yang bukan suatu pihak kepada Konvensyen yang terlibat dalam suatu kegiatan yang dilarang di bawah seksyen 3, jika penyertaan itu tidak terjumlah kepada bantuan aktif atau penglibatan dalam kegiatan yang dilarang itu.

Seksyen 5

Penyerahan bagi pemusnahan

Tiap-tiap orang yang memiliki periuk api pembinasa anggota yang orang itu dilarang oleh seksyen 3 memilikinya hendaklah, tanpa lengah, menyerahkannya bagi pemusnahan kepada mana-mana orang yang ditentukan oleh Menteri.

Seksyen 6

Kawasan berperiuk api hendaklah ditandakan

Jika suatu kawasan dikenal pasti sebagai suatu kawasan berperiuk api atau yang disyaki menjadi suatu kawasan berperiuk api, Menteri hendaklah, di mana-mana mungkin, memastikan bahawa kawasan itu ditandakan sempadannya dan dilindungi dengan pagar atau selainnya menggunakan apa-apa cara yang perlu supaya dapat memberitahu orang awam tentang adanya periuk api pembinasa anggota.

Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api

Pembinasa Anggota 9

Pemusnahan periuk api

Seksyen 7

Tertakluk kepada seksyen 8, Menteri hendaklah memastikan pemusnahan—

(a)

segala periuk api pembinasa anggota yang dikumpul stok;

(b)

apa-apa periuk api pembinasa anggota yang diserahkan di bawah seksyen 5 bagi pemusnahan; dan

(c)

segala periuk api pembinasa anggota di dalam kawasan berperiuk api di Malaysia.

Seksyen 8

Kebenaran oleh Menteri

Menteri boleh membenarkan apa-apa bilangan periuk api pembinasa anggota ditempatkan, diperoleh, disimpan, dimiliki, atau dipindahkan oleh mana-mana orang yang ditentukan oleh Menteri bagi peningkatan, dan latihan dalam, teknik pengesanan periuk api, pembersihan periuk api atau pemusnahan periuk api, tetapi bilangan periuk api itu tidak boleh melebihi jumlah minimum yang perlu secara mutlak bagi maksud-maksud itu.

Seksyen 9

Penzahiran maklumat

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen (1) melakukan kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 10

Seksyen 10

Pengeluaran perakuan

Jika suatu misi pencarian fakta ke Malaysia diberi kuasa di bawah Perkara 8 Konvensyen, atau jika Menteri mengundang suatu misi pencarian fakta ke Malaysia, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri hendaklah mengeluarkan suatu perakuan kepada tiap-tiap anggota misi pencarian fakta itu yang—

(a)

mengenal pasti anggota itu dengan nama, dan menyatakan taraf anggota itu dan kuasanya untuk menjalankan misi pencarian fakta di Malaysia;

(b)

menyatakan bahawa anggota itu menikmati apa-apa keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada misi

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah undang-undang Malaysia; dan

(c)

menetapkan apa-apa maklumat lain dan apa-apa syarat yang terpakai bagi kegiatan pencarian fakta di Malaysia oleh anggota itu sebagaimana yang boleh dikenakan oleh

Menteri.

Seksyen 11

Menunjukkan perakuan bagi pemeriksaan

Tiap-tiap anggota sesuatu misi pencarian fakta yang berhasrat untuk memeriksa sesuatu tempat di Malaysia hendaklah menunjukkan perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 10 kepada mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi atau yang tinggal di atau yang mempunyai kawalan ke atas pemasangan, kemudahan atau tempat yang hendak diperiksa itu.

Seksyen 12

Kuasa untuk memeriksa

(a)

apa-apa pemasangan atau kemudahan yang mempunyai atau mungkin mempunyai keupayaan untuk menghasilkan, mengeluarkan atau mengumpul stok periuk api pembinasa anggota atau komponen periuk api pembinasa anggota;

atau

(b)

mana-mana tempat lain, dengan keizinan orang yang bertanggungjawab bagi atau yang tinggal di atau yang mempunyai kawalan ke atas pemasangan, kemudahan atau tempat itu, jika anggota itu mempunyai sebab

Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api

Pembinasa Anggota 11

yang munasabah untuk percaya bahawa apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain yang berkaitan dengan pematuhan Konvensyen boleh dijumpai di pemasangan, kemudahan atau tempat itu.

(2)

Kuasa untuk masuk dan memeriksa kelengkapan, maklumat dan kawasan yang sensitif hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.

Seksyen 13

Pencari fakta boleh diiringi

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 12(2), mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi atau yang tinggal di atau yang mempunyai kawalan ke atas pemasangan, kemudahan atau tempat yang hendak diperiksa di bawah seksyen 12 hendaklah—

(a)

memberi anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya akses kepada apa-apa kawasan, bekas atau benda di dalam pemasangan, kemudahan atau tempat itu;

(b)

membenarkan anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya memeriksa apa-apa benda di dalam pemasangan, kemudahan atau tempat itu;

(c)

membenarkan anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya menemu bual mana-mana orang di dalam pemasangan, kemudahan atau tempat itu; dan

(d)

membenarkan anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya mengambil sampel apa-apa benda di dalam pemasangan, kemudahan atau tempat itu untuk analisis dan membenarkan anggota itu membawa keluar sampel itu bagi analisis di luar pemasangan, kemudahan atau tempat itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 12

Pengeluaran waran geledah

Seksyen 14

Jika pada hemat seseorang Majistret, berdasarkan perakuan bersumpah, bahawa—

(a)

terdapat alasan yang munasabah untuk percaya bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di suatu pemasangan, kemudahan atau tempat atau bahawa apa-apa maklumat, dokumen, kelengkapan atau benda lain yang perlu bagi penjalanan suatu penyiasatan tentang sesuatu kesalahan boleh dijumpai di pemasangan, kemudahan atau tempat itu; atau

(b)

terdapat alasan yang munasabah untuk percaya bahawa anggota sesuatu misi pencarian fakta boleh menjumpai apa-apa maklumat, dokumen, kelengkapan atau benda lain yang berkaitan dengan pematuhan Konvensyen di sesuatu pemasangan, kemudahan atau tempat; dan

(c)

kemasukan ke pemasangan, kemudahan atau tempat itu—

(i)

perlu bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan misi pencarian fakta itu; dan

(ii)

telah ditolak atau terdapat sebab yang munasabah untuk percaya akan ditolak,

Majistret itu boleh, dengan waran, memberi kuasa orang yang kepadanya waran itu diarahkan untuk masuk ke pemasangan, kemudahan atau tempat itu pada bila-bila masa yang munasabah, dengan atau tanpa bantuan, untuk mencari dan menyita apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda itu atau untuk menjalankan pemeriksaan.

Seksyen 15

Penggeledahan dan pemeriksaan tanpa waran

Jika maklumat diberikan kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk percaya bahawa atas sebab apa-apa kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen 14 penggeledahan atau pemeriksaan itu akan termudarat dan apa-apa keterangan tentang pelakuan kesalahan atau apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain yang berkaitan dengan pematuhan

Konvensyen berkemungkinan diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai dan anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya boleh masuk ke pemasangan, kemudahan

Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api

Pembinasa Anggota 13

atau tempat itu dan mereka boleh menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan pemasangan, kemudahan atau tempat itu segala kuasa penggeledahan, penyitaan atau pemeriksaan seolah-olah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran.

Seksyen 16

Mengimport dan mengeksport kelengkapan

(2)

Kelengkapan yang boleh diimport dan dieksport tanpa duti dan cukai tidak termasuk kenderaan motor sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

Seksyen 17

Kerahsiaan maklumat yang diperoleh

(2)

, tiada seorang pun yang memiliki maklumat yang diperoleh di bawah Akta ini atau Konvensyen boleh secara sedar, tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis orang yang daripadanya maklumat itu diperoleh, menyampaikan maklumat itu atau membenarkan maklumat itu disampaikan kepada mana-mana orang atau membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada maklumat itu.

(2)

Seseorang yang memiliki maklumat yang diperoleh di bawah

Akta ini atau Konvensyen boleh menyampaikan maklumat itu atau membenarkan maklumat itu disampaikan kepada mana-mana orang, atau membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada maklumat itu jika—

(a)

penyampaian atau akses itu untuk kepentingan awam kerana maklumat itu berhubungan dengan kesihatan awam atau keselamatan awam; atau

(b)

penyampaian atau akses itu perlu bagi maksud pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini atau memberikan kuat kuasa kepada Konvensyen.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 14

Pernyataan palsu, halangan

Seksyen 18

Tiada seorang pun boleh—

(a)

secara sedar membuat apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan kepada mana-mana anggota sesuatu misi pencarian fakta atau kepada mana-mana orang yang diarahkan supaya mengiringi anggota sesuatu misi pencarian fakta berhubungan dengan tempat atau benda yang sedang diperiksa; atau

Seksyen 19

Kesalahan am

Mana-mana orang yang melanggar seksyen 3 dan 5, subseksyen 12(2) dan 17(1) dan seksyen 18 adalah melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 20

Penalti am

Jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, seseorang yang melakukan kesalahan itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 21

Pelucuthakan

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda lain yang boleh dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan dokumen, kelengkapan atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa dokumen, kelengkapan atau benda itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walau pun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api

Pembinasa Anggota 15

(3)

Jika tiada pendakwaan tentang apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda yang disita dalam penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, dokumen, kelengkapan atau benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan pada berakhirnya satu bulan kalendar dari tarikh dokumen, kelengkapan atau benda itu disita melainkan jika suatu tuntutan tentangnya telah dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini.

(4)

Seseorang yang menuntut bahawa dialah pemunya apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda yang disita di bawah Akta ini dan bahawa dokumen, kelengkapan atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor tentang tuntutannya.

(5)

Apabila diterimanya suatu notis di bawah subseksyen (4)

pegawai polis itu hendaklah, selepas apa-apa penyiasatan yang perlu, mengarahkan supaya dokumen, kelengkapan atau benda itu dilepaskan atau merujukkan kes itu kepada Mahkamah Sesyen untuk keputusan.

(6)

Mahkamah Sesyen yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menuntut bahawa dialah pemunya dokumen, kelengkapan atau benda itu dan orang yang daripadanya dokumen, kelengkapan atau benda itu disita hadir di hadapannya dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampaian wajar saman itu,

Mahkamah Sesyen itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa dokumen, kelengkapan atau benda itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya dokumen, kelengkapan atau benda itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan dokumen, kelengkapan atau benda itu kepada orang yang berhak kepadanya.

(7)

Apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah dikemukakan kepada Ketua

Polis Negara atau kepada pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua

Polis Negara dengan sewajarnya dan Ketua Polis Negara atau pegawai itu hendaklah melupuskannya mengikut cara yang diperuntukkan dalam perintah itu atau sebagaimana yang difikirkannya patut.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 16

Seksyen 22

Pewakilan oleh Menteri

(2)

Apa-apa pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang

Menteri daripada menjalankan atau melaksanakan sendiri apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.

(3)

Sesuatu pewakilan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh—

(a)

dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pewakilan;

dan

Seksyen 23

Pelindungan pegawai dan orang lain

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai atau mana-mana orang yang ditentukan, diarahkan atau diwakilkan oleh Menteri untuk menjalankan apa-apa maksud

Akta berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa tindakan itu perlu bagi maksud yang diniatkan hendak dicapaikan dengannya.

Seksyen 24

Peraturan-peraturan

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi menjalankan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api

Pembinasa Anggota 17

Akta 603

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

– TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 18

Akta 603

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Common questions

What is Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000?
Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 is Malaysia Act, cited as Act 603 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.
Is Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 still in force?
Yes — Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 is currently in force.
When did Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 take effect?
Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 was first recorded in 2000.
How many sections does Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 have?
Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 contains 25 sections.
Where can I read the official version of Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000?
The official text of Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000 (No. 603)