9. Penzahiran maklumat
Feedback & supportMenteri boleh, pada bila-bila masa melalui notis bertulis, menghendaki mana-mana orang yang Menteri mempunyai sebab yang munasabah untuk percaya ada maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini, atau maklumat yang Malaysia dikehendaki oleh Perkara 7 Konvensyen supaya melaporkannya kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, supaya mengemukakan semua maklumat dan dokumen yang perlu kepada Menteri atau kepada mana-mana orang yang ditentukan oleh Menteri, dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen (1) melakukan kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 603 10