Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

13. Pencari fakta boleh diiringi

Feedback & support
(1)

Menteri boleh mengarahkan supaya anggota sesuatu misi pencarian fakta diiringi oleh pegawai Polis Diraja Malaysia atau anggota Angkatan Tentera Malaysia atau kedua-duanya, atau mana-mana orang lain yang difikirkan perlu oleh Menteri untuk memudahkan penjalanan sesuatu penyiasatan.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 12(2), mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi atau yang tinggal di atau yang mempunyai kawalan ke atas pemasangan, kemudahan atau tempat yang hendak diperiksa di bawah seksyen 12 hendaklah—

(a)

memberi anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya akses kepada apa-apa kawasan, bekas atau benda di dalam pemasangan, kemudahan atau tempat itu;

(b)

membenarkan anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya memeriksa apa-apa benda di dalam pemasangan, kemudahan atau tempat itu;

(c)

membenarkan anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya menemu bual mana-mana orang di dalam pemasangan, kemudahan atau tempat itu; dan

(d)

membenarkan anggota misi pencarian fakta itu dan orang yang mengiringinya mengambil sampel apa-apa benda di dalam pemasangan, kemudahan atau tempat itu untuk analisis dan membenarkan anggota itu membawa keluar sampel itu bagi analisis di luar pemasangan, kemudahan atau tempat itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 603 12

Report