Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

3. Larangan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain dan tertakluk kepada seksyen 4, tiada seorang pun boleh—

(a)

menempatkan periuk api pembinasa anggota di bawah, di dalam, di atas atau dekat dengan tanah atau kawasan permukaan lain dengan niat untuk menyebabkan letupan periuk api pembinasa anggota itu;

(b)

menghasilkan, mengeluarkan atau selainnya memperoleh, mengumpul stok, menyimpan, memiliki atau memindahkan periuk api pembinasa anggota kepada mana-mana orang, secara langsung atau tidak langsung; atau

(c)

dengan apa-apa cara membantu, menggalakkan atau mendorong, mana-mana orang supaya melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan yang dilarang oleh Akta ini.

(2)

Kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri dan tertakluk kepada pematuhan undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan import dan eksport, tiada seorang pun boleh mengimport atau mengeksport periuk api pembinasa anggota.

Report