16. Mengimport dan mengeksport kelengkapan
Feedback & support(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), anggota sesuatu misi pencarian fakta boleh mengimport tanpa duti dan cukai apa-apa kelengkapan yang hendak digunakan semata-mata dalam menjalankan misi mereka dan boleh mengeksport kelengkapan itu kemudiannya tanpa duti dan cukai.
(2)
Kelengkapan yang boleh diimport dan dieksport tanpa duti dan cukai tidak termasuk kenderaan motor sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].