Skip to content
ActIn force

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2010
Last amended
2025
Sections
27
Languages
MS · EN

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 is Malaysia Act, cited as Act 711 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 711

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI

MAKLUMAT 2010

Sebagaimana pada 1 November 2024

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 711

Tarikh Perkenan Diraja

… … … … 2 Jun 2010

Tarikh penyiaran dalam Warta

… … … … 10 Jun 2010

Perlindungan Pemberi Maklumat 3

Akta 711

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta, untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan, untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [15 Disember 2010; P.U. (B) 537/2010] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Pemberi

Maklumat 2010.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 711

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“agensi penguatkuasaan” ertinya—

(a)

mana-mana kementerian, jabatan, agensi atau badan lain yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan termasuk suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi kementerian, jabatan, agensi atau badan itu, yang diberi fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan;

(b)

suatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang

Persekutuan atau undang-undang Negeri yang diberi fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan oleh undang-undang

Persekutuan atau undang-undang Negeri itu atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau

(c)

suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi sesuatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri yang mempunyai fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan;

“badan awam” termasuklah—

(c)

mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang lain;

(d)

mana-mana jabatan, perkhidmatan atau pengusahaan

Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu pihak berkuasa tempatan; dan

(e)

mana-mana syarikat atau syarikat subsidiari yang terhadapnya atau yang dalamnya mana-mana badan awam sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c)

atau (d) mempunyai kawalan atau kepentingan;

Perlindungan Pemberi Maklumat 7

“badan swasta” ertinya suatu jawatan atau entiti selain badan awam;

“kelakuan tidak wajar” ertinya apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah;

“kesalahan tatatertib” ertinya apa-apa tindakan atau peninggalan yang menjadi suatu pelanggaran tatatertib dalam badan awam atau badan swasta sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau suatu kontrak kerja, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“maklumat sulit” termasuklah—

(a)

maklumat tentang identiti, pekerjaan, alamat kediaman, alamat kerja atau tempat beradanya—

(i)

seseorang pemberi maklumat; dan

(ii)

seseorang yang terhadapnya seseorang pemberi maklumat telah membuat pendedahan kelakuan tidak wajar;

(b)

maklumat yang didedahkan oleh seseorang pemberi maklumat; dan

(c)

maklumat yang, jika didedahkan, boleh menyebabkan mudarat kepada mana-mana orang;

“pegawai badan awam” ertinya mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu

Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam, dan, jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu;

“pegawai badan swasta” termasuklah mana-mana orang yang menjadi seorang anggota, pemegang jawatan, pegawai, pekerja, pekhidmat, majikan, tuan punya, rakan kongsi dan pengarah sesuatu badan swasta;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 711

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai bagi mana-mana agensi penguatkuasaan;

“pemberi maklumat” ertinya mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada agensi penguatkuasaan di bawah seksyen 6;

“perlindungan pemberi maklumat” ertinya perlindungan yang diberikan kepada seseorang pemberi maklumat di bawah Akta ini;

“tindakan yang memudaratkan” termasuklah—

(a)

tindakan yang menyebabkan kecederaan, kehilangan atau kerosakan;

(c)

gangguan terhadap pekerjaan sah atau mata pencarian mana-mana orang, termasuk diskriminasi, penamatan perkhidmatan, penurunan pangkat, gantung kerja, keadaan yang merugikan, penamatan atau layanan buruk berhubung dengan pekerjaan, kerjaya, profesion, tred atau perniagaan mana-mana orang atau pengambilan tindakan tatatertib;

dan

(d)

suatu ancaman untuk mengambil mana-mana tindakan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c).

Bahagian II

(1)

Agensi penguatkuasaan hendaklah mempunyai arahan am, kawalan dan penyeliaan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan perlindungan pemberi maklumat.

(2)

Bagi maksud Akta ini, kuasa am agensi penguatkuasaan adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk menerima pendedahan kelakuan tidak wajar;

Perlindungan Pemberi Maklumat 9

(b)

untuk menguatkuasakan perlindungan pemberi maklumat;

(c)

untuk menguruskan pendedahan kelakuan tidak wajar;

(e)

untuk menguruskan aduan tindakan yang memudaratkan;

dan

(3)

Agensi penguatkuasaan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau yang bersampingan dengan, penjalanan kuasa amnya di bawah subseksyen (2).

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan

Menteri boleh memberi agensi penguatkuasaan arahan yang bersifat am yang selaras dengan Akta ini tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada agensi penguatkuasaan oleh

Akta ini dan kewajipan yang dikehendaki supaya ditunaikan oleh agensi penguatkuasaan di bawah Akta ini dan agensi penguatkuasaan hendaklah melaksanakan segala arahan itu.

Kerjasama dengan agensi lain

(1)

Dalam menjalankan kuasa penyiasatannya, mana-mana agensi penguatkuasaan boleh bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan lain dan mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau orang lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh agensi penguatkuasaan itu.

(2)

Agensi penguatkuasaan boleh berunding dengan dan menyebarkan risikan dan maklumat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan lain dan mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh agensi penguatkuasaan itu.

(3)

Jika agensi penguatkuasaan menyebarkan risikan atau maklumat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan atau orang lain di bawah subseksyen (2), agensi penguatkuasaan atau orang itu adalah tertakluk pada seksyen 8.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 711

(4)

Apabila apa-apa permintaan dibuat oleh agensi penguatkuasaan untuk kerjasama bagi maksud melaksanakan Akta ini, mana-mana orang yang kepadanya permintaan itu dibuat hendaklah memberikan segala bantuan yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh agensi penguatkuasaan itu.

Bahagian III

PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Pendedahan kelakuan tidak wajar

(1)

Seseorang boleh membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada mana-mana agensi penguatkuasaan berdasarkan kepercayaannya yang munasabah bahawa mana-mana orang telah melibatkan diri, sedang melibatkan diri atau bersedia untuk melibatkan diri dalam kelakuan tidak wajar:

Dengan syarat bahawa pendedahan sedemikian tidak dilarang secara khusus oleh mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Pendedahan kelakuan tidak wajar di bawah subseksyen (1)

juga boleh dibuat—

(a)

walaupun orang yang membuat pendedahan itu tidak dapat mengenal pasti orang tertentu yang berkaitan dengan pendedahan itu;

(b)

walaupun kelakuan tidak wajar itu telah berlaku sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;

(c)

berkenaan dengan maklumat yang diperoleh olehnya semasa dia menjadi seorang pegawai badan awam atau pegawai badan swasta; atau

(d)

mengenai apa-apa kelakuan tidak wajar seseorang semasa orang itu menjadi seorang pegawai badan awam atau pegawai badan swasta.

Perlindungan Pemberi Maklumat 11

(3)

Pendedahan kelakuan tidak wajar di bawah subseksyen (1)

boleh dibuat secara lisan atau secara bertulis dengan syarat bahawa pegawai diberi kuasa, apabila diterimanya apa-apa pendedahan yang dibuat secara lisan, hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, mengubahnya ke dalam bentuk bertulis.

(4)

Pendedahan yang dibuat berhubung dengan ahli Parlimen atau ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri tidaklah terjumlah kepada pelanggaran keistimewaan.

(5)

Mana-mana peruntukan dalam apa-apa kontrak kerja hendaklah terbatal setakat yang ia bertujuan untuk menghalang pendedahan kelakuan tidak wajar.

Perlindungan pemberi maklumat

(1)

Seseorang pemberi maklumat hendaklah, apabila pendedahan kelakuan tidak wajar diterima oleh mana-mana agensi penguatkuasaan di bawah seksyen 6, diberi perlindungan pemberi maklumat di bawah

Akta ini seperti yang berikut:

(b)

kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah; dan

(c)

perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan, dan bagi maksud perenggan (c), perlindungan itu hendaklah diperluas kepada mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu.

(2)

Perlindungan pemberi maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini tidak terbatas atau terjejas sekiranya pendedahan kelakuan tidak wajar itu tidak membawa kepada apa-apa tindakan tatatertib atau pendakwaan terhadap orang yang terhadapnya pendedahan kelakuan tidak wajar itu telah dibuat.

(3)

Akta ini tidak membataskan perlindungan yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis lain kepada mana-mana orang berhubung dengan maklumat yang diberikan berkenaan dengan pelakuan sesuatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 711

Perlindungan maklumat sulit

(1)

Mana-mana orang yang membuat atau menerima pendedahan kelakuan tidak wajar atau memperoleh maklumat sulit dalam perjalanan penyiasatan terhadap pendedahan sedemikian tidak boleh mendedahkan maklumat sulit itu atau mana-mana bahagiannya.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), maklumat sulit tidak boleh didedahkan atau diperintahkan atau dikehendaki supaya didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau prosiding lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain.

(3)

Jika mana-mana buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau prosiding lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain apa jua pun mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada mana-mana pemberi maklumat diketahui, mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan segala petikan sedemikian disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah

Tertakluk pada subseksyen 11(1), seseorang pemberi maklumat tidak tertakluk pada apa-apa liabiliti sivil atau jenayah atau apa-apa liabiliti yang berbangkit melalui proses pentadbiran, termasuk tindakan tatatertib, dan tiada tindakan, tuntutan atau desakan boleh diambil atau dibuat terhadap pemberi maklumat kerana membuat pendedahan kelakuan tidak wajar.

Perlindungan Pemberi Maklumat 13

Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan

(1)

Tiada seorang pun boleh mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap seseorang pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar.

(2)

Seseorang pemberi maklumat boleh membuat aduan kepada mana-mana agensi penguatkuasaan tentang apa-apa tindakan yang memudaratkan yang dilakukan oleh mana-mana orang terhadap pemberi maklumat itu atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu.

(3)

Seseorang disifatkan mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat jika—

(a)

orang itu mengambil atau mengancam untuk mengambil tindakan yang memudaratkan kerana—

(i)

pemberi maklumat itu telah membuat pendedahan kelakuan tidak wajar; atau

(ii)

orang itu percaya bahawa pemberi maklumat itu telah membuat atau berhasrat untuk membuat pendedahan kelakuan tidak wajar; atau

(b)

orang itu mengapi-apikan atau membenarkan seseorang yang lain untuk mengambil atau mengancam untuk mengambil tindakan yang memudaratkan atas apa-apa sebab di bawah subperenggan (a)(i) atau (ii).

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan perlindungan pemberi maklumat kepada seseorang pekerja dalam badan swasta sama ada di sisi undang-undang atau di bawah perjanjian kolektif atau kontrak kerja.

(5)

Tiada seorang pun yang bertindak atau berupa sebagai bertindak bagi pihak mana-mana badan awam atau badan swasta boleh—

(a)

menamatkan sesuatu kontrak;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 711

(b)

menahan bayaran yang genap masa dan kena dibayar di bawah sesuatu kontrak; atau

(c)

enggan untuk membuat kontrak yang berikutnya, semata-mata atas sebab bahawa suatu pihak kepada kontrak itu atau seseorang pekerja atau majikan suatu pihak kepada kontrak itu telah membuat pendedahan kelakuan tidak wajar yang berhubungan dengan badan awam atau badan swasta itu kepada mana-mana agensi penguatkuasaan.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun atau kedua-duanya.

(7)

Dalam apa-apa prosiding, adalah terletak kepada defendan untuk membuktikan bahawa tindakan yang memudaratkan yang ditunjukkan sebagai telah diambil terhadap pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat bukanlah sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar.

Pembatalan perlindungan pemberi maklumat

(1)

Agensi penguatkuasaan hendaklah membatalkan perlindungan pemberi maklumat yang diberikan di bawah seksyen 7 jika ia berpendapat, berdasarkan penyiasatannya atau dalam perjalanan penyiasatannya bahawa—

(a)

pemberi maklumat itu sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar yang didedahkan itu;

(b)

pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam pendedahan kelakuan tidak wajarnya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya sebagai benar;

(c)

pendedahan kelakuan tidak wajar itu adalah remeh atau menyusahkan;

Perlindungan Pemberi Maklumat 15

(d)

pendedahan kelakuan tidak wajar mempersoalkan merit dasar kerajaan terutamanya, termasuk dasar sesuatu badan awam;

(e)

pendedahan kelakuan tidak wajar dibuat semata-mata atau sebahagian besarnya dengan motif untuk mengelak daripada dibuang kerja atau tindakan tatatertib yang lain;

atau

(f)

pemberi maklumat, dalam perjalanan membuat pendedahan itu atau memberikan maklumat lanjut, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Jika perlindungan pemberi maklumat telah dibatalkan, agensi penguatkuasaan hendaklah memberi pemberi maklumat notis bertulis yang bermaksud sedemikian.

(3)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan agensi penguatkuasaan boleh merujukkan keputusan agensi penguatkuasaan itu kepada mahkamah untuk penentuan.

(4)

Mahkamah boleh membuat perintah untuk memelihara perlindungan pemberi maklumat dan juga boleh membuat apa-apa perintah berbangkit yang perlu untuk melaksanakan perintah bagi relief itu.

Bahagian IV

PENGURUSAN PENDEDAHAN KELAKUAN TIDAK WAJAR

Penyiasatan kelakuan tidak wajar

Setiap agensi penguatkuasaan yang menerima pendedahan kelakuan tidak wajar di bawah seksyen 6 hendaklah menjalankan penyiasatannya sendiri dan menyediakan laporan yang mengandungi—

(b)

syor untuk langkah selanjutnya diambil, jika ada, berdasarkan dapatan penyiasatan itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 711

Dapatan agensi penguatkuasaan selepas penyiasatan kelakuan tidak wajar

(1)

Jika laporan di bawah seksyen 12 membuat dapatan bahawa—

(a)

pendedahan kelakuan tidak wajar itu tidak berasas, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat;

(b)

kelakuan tidak wajar itu menjadi suatu kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan itu hendaklah membuat suatu syor kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan dalam hal badan awam atau kepada majikan atau orang lain yang berkenaan dalam hal badan swasta supaya memulakan prosiding tatatertib atau mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya sesuai terhadap pegawai badan awam atau pegawai badan swasta yang telah melakukan kelakuan tidak wajar itu; atau

(c)

kelakuan tidak wajar itu menjadi suatu kesalahan jenayah dan dalam hal jika—

(i)

Pendakwa Raya memutuskan untuk mendakwa, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memperoleh daripada Pendakwa Raya laporan berkala sehingga perkara itu dibereskan dengan sewajarnya; atau

(ii)

Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak mendakwa, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat.

(2)

Jika agensi penguatkuasaan itu telah merujukkan perkara di bawah perenggan (1)(b), pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan atau majikan atau orang lain yang berkenaan hendaklah memaklumkan agensi penguatkuasaan itu—

(a)

langkah yang telah diambil, atau yang dicadangkan untuk diambil, untuk melaksanakan dapatan dan syor dalam masa enam bulan dari tarikh dapatan dan syor itu diterima; atau

Perlindungan Pemberi Maklumat 17

(b)

sebab tidak memulakan apa-apa prosiding tatatertib atau tidak mengambil langkah yang disyorkan oleh agensi penguatkuasaan itu dalam masa empat belas hari dari keputusan itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika, selepas mempertimbangkan apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan atau majikan atau orang lain yang berkenaan, agensi penguatkuasaan itu mendapati bahawa langkah yang diambil tidak memadai atau tiada tindakan telah diambil untuk melaksanakan dapatan atau syor itu dalam masa yang munasabah, agensi penguatkuasaan itu boleh melaporkan kepada Menteri tentang penyiasatan, dapatan, syor dan respons terhadap dapatan dan syor itu.

(4)

Agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat mengenai hasil penyiasatan dan apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan, majikan atau orang lain yang berkenaan atau Pendakwa Raya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bahagian V

ADUAN TINDAKAN YANG MEMUDARATKAN DAN REMEDI

Penyiasatan terhadap aduan tindakan yang memudaratkan dan dapatan agensi penguatkuasaan selepas penyiasatan

(1)

Jika mana-mana agensi penguatkuasaan menerima aduan tindakan yang memudaratkan, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memulakan penyiasatan terhadap aduan tindakan yang memudaratkan itu.

(2)

Jika agensi penguatkuasaan itu telah selesai membuat penyiasatannya terhadap apa-apa aduan tindakan yang memudaratkan di bawah Akta ini, agensi penguatkuasaan itu hendaklah merekodkan dapatannya dan menyusun laporan dan kertas siasatannya dan merujukkan perkara itu kepada Pendakwa Raya dan jika penyiasatan itu mendedahkan bahawa—

(a)

aduan itu tidak berasas, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 711

(b)

aduan itu menjadi suatu kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan itu hendaklah membuat suatu syor kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan dalam hal badan awam atau kepada majikan atau orang lain yang berkenaan dalam hal badan swasta supaya memulakan prosiding tatatertib atau mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya sesuai terhadap pegawai badan awam atau pegawai badan swasta yang telah mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap pemberi maklumat itu; atau

(c)

aduan itu menjadi suatu kesalahan jenayah dan dalam hal jika—

(i)

Pendakwa Raya memutuskan untuk mendakwa, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memperoleh daripada Pendakwa Raya laporan berkala sehingga perkara itu dibereskan dengan sewajarnya; atau

(ii)

Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak mendakwa, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat.

(3)

Jika agensi penguatkuasaan itu telah merujukkan perkara di bawah perenggan (2)(b), pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan atau majikan atau orang lain yang berkenaan hendaklah memaklumkan agensi penguatkuasaan itu—

(a)

langkah yang telah diambil, atau yang dicadangkan untuk diambil, untuk melaksanakan dapatan dan syor dalam masa enam bulan dari tarikh dapatan dan syor itu diterima;

atau

(b)

sebab tidak memulakan apa-apa prosiding tatatertib atau tidak mengambil langkah yang disyorkan oleh agensi penguatkuasaan itu dalam masa empat belas hari dari keputusan itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Jika, selepas mempertimbangkan apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan atau majikan atau orang lain

Perlindungan Pemberi Maklumat 19

yang berkenaan, agensi penguatkuasaan itu mendapati bahawa langkah yang diambil tidak memadai atau tiada tindakan telah diambil untuk melaksanakan dapatan atau syor itu dalam masa yang munasabah, agensi penguatkuasaan itu boleh melaporkan kepada Menteri tentang penyiasatan, dapatan, syor dan respons terhadap dapatan dan syor itu.

(5)

Jika sesuatu pertuduhan dibuat oleh Pendakwa Raya, apa-apa keterangan yang diperoleh oleh agensi penguatkuasaan itu di bawah Akta ini boleh, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan tetapi tertakluk pada seksyen 8, digunakan bagi maksud prosiding jenayah.

(6)

Agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat mengenai hasil penyiasatan dan apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan, majikan atau orang lain yang berkenaan atau Pendakwa Raya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Remedi

(1)

Apabila permintaan dibuat oleh pemberi maklumat—

(a)

dalam tempoh tiga bulan selepas dimaklumkan oleh agensi penguatkuasaan di bawah subseksyen 14(6) bahawa tindakan yang memudaratkan sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar telah diambil terhadapnya; atau

(b)

pada bila-bila masa yang pemberi maklumat bimbang bahawa tindakan yang memudaratkan sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar akan diambil terhadapnya, agensi penguatkuasaan boleh menuntut remedi yang berikut daripada mahkamah:

(C)

apa-apa relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 711

(2)

Walau apa pun subsekyen (1), pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu hendaklah berhak untuk menuntut remedi di bawah perenggan (1)(A) hingga (C).

(3)

Jika pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu bercadang untuk menuntut remedi melalui orang lain selain agensi penguatkuasaan selepas permintaan di bawah subseksyen (1)

telah dibuat, pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu hendaklah memberitahu agensi penguatkuasaan tentang cadangan itu.

(4)

Apabila diterima pemberitahuan di bawah subseksyen (3) atau agensi penguatkuasaan mendapati bahawa pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu telah menuntut remedi melalui orang lain selain agensi penguatkuasaan selepas suatu permintaan di bawah subseksyen (1) telah dibuat, agensi penguatkuasaan boleh membuat permohonan kepada mahkamah untuk melepaskan dirinya atau sebaliknya berhenti daripada mewakili pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu dan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu hendaklah membuat bayaran ganti kepada agensi penguatkuasaan bagi apa-apa perbelanjaan yang telah ditanggung.

Liabiliti diri

(1)

Seseorang yang terhadapnya apa-apa tindakan sivil diambil kerana melakukan tindakan yang memudaratkan terhadap seseorang pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar hendaklah dibawa guaman terhadapnya dan bertanggungan bagi ganti rugi atau pampasan di bawah perenggan 15(1)(A) dalam kapasiti perseorangannya.

Perlindungan Pemberi Maklumat 21

(2)

Hak seseorang pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu untuk membawa prosiding bagi ganti rugi tidak menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain yang boleh didapati olehnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Tindakan bagi injunksi

(1)

Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa dalam apa-apa permohonan bagi injunksi di bawah perenggan 15(1)(B) untuk memerintahkan mana-mana orang untuk menahan diri daripada meneruskan, mengulangi atau mengancam untuk meneruskan atau mengulangi tindakan yang memudaratkan terhadap seseorang pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu.

(2)

Sementara menunggu penentuan muktamad permohonan yang disebut dalam subseksyen (1), mahkamah boleh memberikan suatu injunksi interim.

Kuasa mahkamah

(1)

Jika, apabila diterima sesuatu permohonan di bawah Bahagian ini, mahkamah berpuas hati bahawa seseorang telah mengambil atau bercadang untuk mengambil tindakan yang memudaratkan sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar, mahkamah boleh membuat perintah yang berikut terhadap orang yang mengambil tindakan yang memudaratkan itu:

(a)

perintah bagi membayar ganti rugi, pampasan, kos, bunga atau apa-apa bentuk relief kewangan yang lain kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu;

(b)

perintah injunksi yang menghalangnya daripada meneruskan, mengulangi, mengancam untuk meneruskan atau mengulangi, mengambil, menyebabkan atau mengakibatkan tindakan yang memudaratkan diambil terhadap pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu dengan apa-apa cara; dan

(c)

apa-apa relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 711

(2)

Lanjutan kepada kuasa mahkamah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh, menurut apa-apa permohonan di bawah perenggan 15(1)(C), melalui perintah, menghendaki ketua badan awam atau majikan atau orang lain yang berkenaan dalam badan swasta untuk mengambil segala langkah yang perlu untuk—

(a)

membenarkan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu kembali bertugas;

(b)

mengembalikan jawatan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu atau membayar pampasan sebagai ganti kepada pengembalian jawatan;

(c)

membayar kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu pampasan suatu amaun yang tidak melebihi amaun yang setara dengan saraan yang, jika tidak kerana tindakan yang memudaratkan itu, akan dibayar kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu;

(d)

membatalkan atau menghentikan apa-apa langkah atau tindakan, termasuk apa-apa tindakan tatatertib, dan membayar pampasan kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu suatu amaun yang tidak melebihi amaun yang setara dengan apa-apa penalti kewangan atau penalti lain yang dikenakan ke atas pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu;

(e)

membayar kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu suatu amaun yang setara dengan apa-apa perbelanjaan dan apa-apa kerugian kewangan yang lain yang ditanggung oleh pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu akibat daripada tindakan yang memudaratkan itu;

Perlindungan Pemberi Maklumat 23

(f)

memberikan pampasan kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu bagi apa-apa kesakitan dan penderitaan yang timbul daripada tindakan yang memudaratkan itu;

(g)

memberikan relief yang diperuntukkan dalam keputusan itu yang berkuat kuasa sebaik keputusan itu dibuat, yang hendaklah terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan apa-apa rayuan terhadap keputusan itu melainkan jika—

(i)

mahkamah rayuan memutuskan bahawa pemberian relief itu adalah tidak wajar; atau

(ii)

relief yang diberikan dalam keputusan itu memperuntukkan bahawa pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu hendaklah kembali atau hadir di tempat kerja semasa tempoh menunggu keputusan apa-apa rayuan, dan ketua badan awam atau majikan atau orang lain yang berkenaan dalam badan swasta memutuskan bahawa kembalinya atau kehadiran pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu akan menyebabkan gangguan yang tidak wajar kepada persekitaran kerja dan dalam hal sedemikian, pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu hendaklah menerima gaji, pampasan, dan semua faedah lain daripada pelantikan atau pekerjaan semasa tempoh menunggu keputusan apa-apa rayuan; atau

(h)

mengambil atau melaksanakan tindakan personel atau apa-apa tindakan lain yang wajar untuk mengembalikan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu kepada kedudukan yang akan diduduki olehnya jika tidak kerana tindakan yang memudaratkan itu.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 711

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(h), “tindakan personel” ertinya—

(i)

keputusan berkenaan dengan gaji, faedah, ganjaran, berkenaan dengan pendidikan atau latihan jika pendidikan atau latihan itu semunasabahnya boleh dijangka akan membawa kepada pelantikan, kenaikan pangkat, atau prestasi atau penilaian; atau

(j)

apa-apa perubahan penting dalam tugas, tanggungjawab atau keadaan kerja.

Penempatan semula tempat kerja

(1)

Seseorang pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu yang bimbang akan atau telah mengalami tindakan yang memudaratkan boleh meminta agensi penguatkuasaan untuk memohon secara bertulis, untuk dan bagi pihaknya, kepada badan awam yang berkaitan atau majikan atau orang lain yang berkenaan dalam badan swasta untuk penempatan semula tempat kerjanya.

(2)

Jika badan awam atau majikan atau orang lain yang berkenaan dalam badan swasta itu mempertimbangkan—

(a)

bahawa terdapat bahaya atau kemungkinan bahawa tindakan yang memudaratkan akan diambil terhadap pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu jika dia terus memegang jawatannya sekarang; atau

Perlindungan Pemberi Maklumat 25

(b)

bahawa pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu sebenarnya telah mengalami tindakan yang memudaratkan; dan

(c)

bahawa satu-satunya cara yang praktikal untuk menghapuskan atau menghapuskan secara substansial bahaya atau kesan tindakan yang memudaratkan adalah melalui penempatan semula tempat pekerjaannya, badan awam atau majikan atau orang lain yang berkenaan dalam badan swasta itu hendaklah, setakat yang dapat dilaksanakan, membuat perkiraan bagi penempatan semula dalam badan awam atau badan swasta itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bahagian VI

PENGUATKUASAAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Kuasa untuk menyiasat

Bagi maksud menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua kuasa penyiasatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi agensi penguatkuasaan yang berkenaan.

Penalti bagi membuat pernyataan palsu

Mana-mana orang yang dengan sengaja membuat dalam pendedahan kelakuan tidak wajarnya atau aduan tindakan yang memudaratkannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya sebagai benar melakukan suatu kesalahan.

Penalti bagi menghalang pegawai diberi kuasa

Mana-mana orang yang menghalang mana-mana pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 711

Penalti bagi memusnahkan, memalsukan, dsb., dokumen, dsb.

Mana-mana orang yang, dengan mengetahui bahawa suatu dokumen atau benda adalah berkaitan kepada suatu penyiasatan di bawah Akta ini—

(a)

memusnahkan, mencacatkan atau mengubah dokumen atau benda itu;

(b)

memalsukan dokumen itu atau membuat dokumen palsu;

(d)

mengarahkan, menasihati atau menyebabkan, dengan apa-apa cara, seseorang untuk melakukan apa-apa yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c), melakukan suatu kesalahan.

Pensubahatan dan percubaan

(1)

Seseorang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2)

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan bagi atau bagi membantu pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi satu per dua daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Penalti am

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Perlindungan Pemberi Maklumat 27

Bahagian VII

Agensi penguatkuasaan boleh memerintahkan apa-apa ganjaran yang difikirkannya patut untuk dibayar kepada pemberi maklumat bagi—

(b)

apa-apa aduan tindakan yang memudaratkan sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar, yang membawa kepada pengesanan kes kelakuan tidak wajar atau tindakan yang memudaratkan atau pendakwaaan orang yang terhadapnya pendedahan kelakuan tidak wajar itu dibuat atau orang yang melakukan tindakan yang memudaratkan itu.

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan

Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

memperuntukkan bentuk apa-apa notis, perintah, perisytiharan atau perkara lain di bawah Akta ini; dan

(b)

memperuntukkan penyampaian atau penghantarserahan apa-apa notis, perintah, petunjuk, arahan, kehendak atau perkara lain yang dibuat dengan sah di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 711

Akta 711

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Perlindungan Pemberi Maklumat 29

Akta 711

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Common questions

What is Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010?
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 is Malaysia Act, cited as Act 711 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Is Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 still in force?
Yes — Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 is currently in force.
When did Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 take effect?
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 was first recorded in 2010.
How many sections does Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 have?
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 contains 27 sections.
What amends Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010?
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 has been amended by Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025.
Where can I read the official version of Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010?
The official text of Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.