Skip to content
ActIn force

Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2022
Sections
6
Languages
MS · EN

Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 is Malaysia Act, cited as Act 835 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 835

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 835

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

4 Mac 2022

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

16 Mac 2022

Hakcipta Pencetak H

Kilang dan Jentera (Pemansuhan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 835

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Kilang dan Jentera 1967. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kilang dan Jentera

(Pemansuhan) 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

Dalam Akta ini, “Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139].

Pemansuhan Akta Kilang dan Jentera 1967

Akta Kilang dan Jentera 1967 dimansuhkan.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 835

Tindakan, dsb., yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan

(1)

Apa-apa pendaftaran yang dibuat, atau perintah, notis, arahan, kuasa bertulis, kebenaran, perakuan kelayakan, skim pemeriksaan khas atau perakuan kekompetenan yang diberikan atau dikeluarkan, di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514].

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), apa-apa notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 19(2), 39(3) atau 40(4) Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan seolah-olah Akta yang dimansuhkan tidak dimansuhkan.

Permohonan yang belum selesai, dsb.

Perkara yang berikut hendaklah, pada permulaan kuat kuasa

Akta ini, diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan seolah-olah

Akta yang dimansuhkan tidak dimansuhkan:

(a)

apa-apa permohonan yang belum selesai yang dibuat berhubung dengan suatu perakuan kekompetenan atau kuasa bertulis di bawah subseksyen 29(2) Akta yang dimansuhkan;

(b)

apa-apa permohonan bagi kebenaran bertulis yang belum selesai berhubung dengan penggunaan mana-mana premis sebagai kilang di bawah subseksyen 34(2) Akta yang dimansuhkan;

(c)

apa-apa permohonan bagi kebenaran bertulis yang belum selesai berhubung dengan pemasangan jentera di bawah subseksyen 36(1) Akta yang dimansuhkan;

(d)

apa-apa pemeriksaan yang belum selesai di bawah subseksyen 36(3) Akta yang dimansuhkan;

(e)

apa-apa rayuan yang belum selesai di bawah subseksyen 36(6) Akta yang dimansuhkan;

(f)

apa-apa pemeriksaan berkala yang belum selesai di bawah seksyen 40 Akta yang dimansuhkan; atau

(g)

apa-apa permohonan bagi kebenaran yang belum selesai berhubung dengan suatu skim pemeriksaan khas di bawah subseksyen 40(5) Akta yang dimansuhkan.

Kilang dan Jentera (Pemansuhan)

7

Penerusan prosiding undang-undang, dsb.

Apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah atau penyiasatan yang belum selesai, atau apa-apa hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil, sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan suatu kesalahan atau kemungkiran di bawah Akta yang dimansuhkan, boleh dimulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan seolah-olah Akta yang dimansuhkan tidak dimansuhkan.

Common questions

What is Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022?
Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 is Malaysia Act, cited as Act 835 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 still in force?
Yes — Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 is currently in force.
When did Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 take effect?
Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 was first recorded in 2022.
How many sections does Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 have?
Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 contains 6 sections.
Where can I read the official version of Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022?
The official text of Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan)… (No. 835) | mylaw.my