Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2017 · As enacted · Bahagian VIII · Part VIII
Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2017 · As enacted · Bahagian VIII · Part VIII
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa permohonan, aduan, atau prosiding tatatertib yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, hendaklah diteruskan seolah-olah Ordinan tidak dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa sebutan mengenai mana-mana peruntukan tertentu seksyen yang dipotong, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai peruntukan Ordinan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu itu.
Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidak terjejas oleh
Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.