Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 · Updated to 31 Aug 2006 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pelajar
19. Penubuhan badan pelajar lain
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 18, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar—
dengan kelulusan bertulis Rektor terlebih dahulu yang diberikan selepas mendapat persetujuan Menteri; dan
Undang-Undang Malaysia 20
tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Rektor, menubuhkan suatu badan pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar bagi menggalakkan sesuatu objektif atau kepentingan tertentu dalam Akademi.
Peruntukan dalam Jadual Kedua, kecuali perenggan 1 dan 7, hendaklah terpakai dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu bagi sebuah badan pelajar di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi JPP.