Skip to content
In forceUpdated to 31 Aug 2006Read it in English

Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pelajar

20. Pembubaran JPP dan badan pelajar lain

Feedback & support
(1)

Rektor boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya—

(a)

menggantung atau membubarkan JPP atau mana-mana badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 19; dan

(b)

memberikan apa-apa arahan atau petunjuk yang berbangkit atau mengambil apa-apa langkah berbangkit sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan penggantungan atau pembubaran itu.

(2)

Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 19—

(a)

hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta apabila dibuat keputusan untuk menggantung atau membubar JPP atau badan pelajar itu; dan

(b)

adalah muktamad.

Larangan penyekutuan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dengan persatuan, dsb., kecuali yang diluluskan oleh Menteri

Report

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Peralihan

Schedules