Akta Pinjaman (Tempatan) 1961 · Updated to 30 Mar 2006 · Bahagian V
14. Penerimaan deposit pendahuluan
Feedback & supportPada menjangkakan memperdapat apa-apa pinjaman di bawah kuasa Akta ini Menteri boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan penerimaan oleh Bank bagi pihak Persekutuan, deposit yang tidak melebihi amaun pinjaman itu.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 650
Deposit pendahuluan hendaklah digunakan untuk pembelian saham bagi pinjaman pertama yang dikeluarkan di bawah Akta ini selepas tarikh yang deposit itu diterima oleh Bank, melainkan jika seseorang pendeposit memberikan notis bertulis dalam masa tujuh hari selepas tarikh pengeluaran pinjaman itu bahawa dia mahukan deposit pendahuluan atau sebahagian daripadanya yang dibuat olehnya dibayar balik.
Apabila seseorang pendeposit memberikan notis bahawa dia mahukan kesemua atau sebahagian daripada deposit pendahuluan yang dibuat olehnya dibayar balik, deposit atau sebahagian daripadanya itu yang dibuat oleh pendeposit itu hendaklah dibayar balik dengan serta-merta, tetapi tiada bunga boleh kena dibayar ke atasnya.
Deposit pendahuluan yang digunakan untuk pembelian saham mengikut subseksyen (2) hendaklah membawa bunga pada kadar yang terpakai bagi saham itu yang dikira dari tarikh deposit itu diterima oleh
Bank, dan apa-apa bunga hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang Disatukan dan diuntukkan daripadanya.
Apa-apa kuasa untuk melabur yang diberikan kepada seseorang melalui apa-apa surat cara atau undang-undang bertulis hendaklah termasuk kuasa untuk membuat deposit pendahuluan mengikut seksyen ini.
11
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 31 tahun 1963
Akta
Pinjaman
(Deposit
Pendahuluan) 1963
12-09-1963
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia
(Ringgit) 1975
29-08-1975
12
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
14
Akta
Pinjaman
(Deposit
Pendahuluan) 1963
12-09-1963