Skip to content

Seksyen 3

of Akta Pinjaman (Tempatan) 1961

ActIn forceProvision 3 of 4

Seksyen 3

(1)

Menteri boleh dari semasa ke semasa memperdapatkan, melalui terbitan saham mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta ini, apa-apa jumlah wang yang ditentukannya, dengan syarat bahawa jumlah amaun saham yang diterbitkan dan tidak ditebus itu tidak boleh melebihi jumlah satu ratus juta ringgit pada satu-satu masa.

(2)

Pinjaman yang dengan ini dibenarkan hendaklah diperdapatkan di Malaysia melalui terbitan saham berdaftar di bawah Bahagian III.

(3)

Semua saham yang diterbitkan di bawah Akta ini boleh ditebus dalam tempoh tidak melebihi lima tahun dari tarikh penerbitan.