Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Kewangan
Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang─
apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen daripada Kumpulan
Wang Disatukan Persekutuan;
segala wang yang diterima oleh Akademi melalui derma, pemberian atau bekues;
segala wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa pelaburan yang dibuat di bawah seksyen 16 atau daripada apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur;
segala wang yang dipinjam oleh Majlis di bawah seksyen 17; dan
segala wang dan harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Akademi berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya.