Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Keanggotaan Akademi
Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Keanggotaan Akademi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akademi hendaklah terdiri daripada kategori anggota yang berikut:
Fellow; dan
Fellow kehormat.
Tertakluk kepada subseksyen (3), anggota Akademi adalah berhak untuk—
menggunakan kemudahan Akademi sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis, dari semasa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis; dan
keistimewaan sebagaimana yang diberikan kepada mereka oleh Majlis.
Majlis boleh mengehadkan penggunaan kemudahan Akademi kepada mana-mana kategori anggota.
Tiada hak atau keistimewaan seseorang anggota Majlis atau
Akademi boleh dipindahkan, tetapi apa-apa hak atau keistimewaan itu hendaklah terhenti apabila anggota Majlis atau Akademi tersebut berhenti menjadi anggota Majlis atau Akademi sama ada disebabkan oleh kematian, persaraan atau selainnya.
Fellow yang pertama Akademi hendaklah terdiri daripada lima puluh Fellow Yayasan yang dilantik oleh Menteri daripada kalangan warganegara Malaysia yang unggul yang oleh sebab pencapaian mereka masing-masing dalam bidang sains, kejuruteraan atau teknologi dianggap cemerlang dan unggul luar biasa.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 524