Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian V

18. Meterai perbadanan

(1)

Akademi hendaklah mempunyai meterai perbadanan dan meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Majlis, suatu cap yang mengandungi perkataan ―Akademi Sains Malaysia‖ boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Akademi.

(3)

Meterai perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan

Presiden atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh Majlis.

(4)

Meterai perbadanan tidak boleh dicapkan pada mana-mana surat cara kecuali di hadapan Presiden dan dua orang anggota lain

Majlis yang hendaklah menandatangani nama mereka pada surat cara itu sebagai tanda kehadirannya itu, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan adalah meterai Akademi yang sah.

(5)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan, boleh disempurnakan oleh Majlis dengan cara yang serupa dan dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Majlis oleh mana-mana pegawai atau

Akademi Sains Malaysia 17

pekhidmat Akademi yang diberi kuasa secara am atau khas oleh

Majlis bagi maksud itu.

(6)

Meterai Akademi hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report