Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V
Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Majlis boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Akademi.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi─
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Akademi sementara menanti keputusan prosiding tatatertib.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 524
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Majlis, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi sebelum keputusan dicapai oleh
Majlis atas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.
Peraturan-peraturan