Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Akademi Sains Malaysia
Academy of Sciences Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Akademi Sains Malaysia
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud menjalankan fungsi Akademi dan menguruskan hal ehwal Akademi, adalah ditubuhkan suatu Majlis yang, terdiri daripada—
Presiden;
Naib Presiden;
Setiausaha Agung;
Bendahari; dan
dua belas orang anggota lain, yang kesemuanya hendaklah menjadi Fellow Akademi.
Presiden hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Menteri, yang syornya adalah dibuat selepas Menteri berunding dengan Majlis, dan presiden hendaklah memegang jawatan selama tiga tahun dari tarikh pelantikannya dan adalah layak dilantik semula dengan syarat bahawa beliau tidak memegang jawatan tersebut berturut-turut selama tempoh melebihi enam tahun.
Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan dua belas orang anggota lain hendaklah dipilih oleh Fellow dalam mesyuarat agung tahunan Akademi dan hendaklah memegang jawatan selama dua tahun dari tarikh pemilihan dan adalah layak untuk dipilih semula ke jawatan yang sama dengan syarat bahawa mereka tidak memegang jawatan tersebut berturut-turut selama tempoh melebihi empat tahun.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan Akademi.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 524
Bahagian III
Bahagian IV