Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Benefisiari Amanah Labuan
Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Benefisiari Amanah Labuan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada seksyen 11A dan 11B, seseorang benefisiari hendaklah—
boleh dikenal pasti dengan nama; atau
boleh ditentukan dengan merujuk kepada sesuatu kelas atau kepada sesuatu pertalian dengan seseorang, sama ada atau tidak masih hidup pada masa yang, di bawah terma amanah luar pesisir itu, ialah masa yang berkaitan dengannya anggota sesuatu kelas itu hendaklah ditentukan.
Jika tiada benefisiari yang boleh dikenal pasti atau ditentukan mengikut subseksyen (1), amanah itu tidak sah melainkan jika maksudnya itu ialah maksud khairat.
Seseorang pembuat amanah atau seseorang pemegang amanah
Labuan boleh menjadi benefisiari amanah itu juga, tetapi jika dia ialah pemegang amanah tunggal, dia tidak boleh menjadi seorang benefisiari juga di bawahnya.
Terma sesuatu amanah Labuan boleh termasuk—
penambahan orang sebagai benefisiari;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
mengetepikan benefisiari daripada keuntungan;
pengenaan ke atas benefisiari tentang obligasi sebagai syarat untuk sesuatu faedah; atau
kuasa untuk mengisytiharkan bahawa mana-mana orang hendaklah terhenti menjadi benefisiari.
Bahagian IV
Bahagian V