Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Act of Parliament

Labuan Offshores Trusts Act 1996

Creating and recognising Labuan trusts

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Section 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Amanah Labuan 1996.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“akuan amanah satu pihak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 8;

“amanah” termasuklah harta amanah dan hak, kuasa, kewajipan, kepentingan, pertalian dan obligasi di bawah sesuatu amanah;

“amanah bermaksud” ertinya amanah yang disebut dalam seksyen 11A, dan termasuk suatu amanah khairat;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

“amanah khairat” ertinya suatu amanah yang disebut dalam seksyen 11B;

“amanah Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 8(1);

“amanah Labuan yang didaftarkan” ertinya suatu amanah Labuan yang didaftarkan di bawah subseksyen 12(4);

“amanah saham” ertinya mana-mana amanah yang ditubuhkan bagi maksud, atau yang mempunyai kesan, mengadakan kemudahan bagi penyertaan oleh orang sebagai benefisiari di bawah amanah itu dalam apa-apa keuntungan atau pendapatan yang timbul daripada pemerolehan, pemegangan, pengurusan atau pelupusan apa-apa harta;

“benefisiari” ertinya seseorang yang berhak mendapat faedah di bawah suatu amanah atau yang bagi pihaknya budi bicara untuk membahagikan harta yang dipegang atas amanah boleh dijalankan;

“daftar” termasuklah apa-apa jenis rekod;

“dinyatakan”, jika tiada cara dinyatakan dalam Akta ini, ertinya dinyatakan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan kuasa untuk menyatakan termasuk kuasa untuk menyatakan secara berlainan bagi orang atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan;

“ditetapkan”, jika tiada cara dinyatakan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuk kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah itu bagi orang atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan;

“harta” termasuklah—

(a)

tiap-tiap jenis harta, sama ada nyata atau tidak nyata, harta alih atau harta tak alih, ketara atau tidak ketara, tidak kira bagaimana diperoleh; atau

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuklah elektronik atau digital, yang membuktikan hak milik bagi atau kepentingan dalam, harta itu, termasuklah cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf bank dan surat kredit;

Amanah Labuan 9

“harta amanah” ertinya harta yang sedang dipegang atas amanah;

“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim

Mahkamah Tinggi;

“Malaysia” ertinya wilayah di dalam Persekutuan Malaysia, perairan wilayah Malaysia dan dasar laut dan tanih bawah perairan wilayah, dan termasuklah mana-mana kawasan yang melangkaui sempadan perairan wilayah Malaysia, dan dasar laut dan tanih bawah mana-mana kawasan itu, yang telah atau akan kemudian daripada ini dijadikan di bawah undang-undang Malaysia dan mengikut undang-undang antarabangsa sebagai suatu kawasan yang ke atasnya

Malaysia mempunyai hak kedaulatan bagi maksud mempelopori dan mengeksploitasikan sumber semula jadi, sama ada hidup atau tidak;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuk suatu perbadanan, perkongsian, sekumpulan orang, korporat atau bukan korporat, dan perbadanan tunggal;

“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang belum mencapai umur dewasa di bawah undang-undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah atau, jika tiada undang-undang telah dipilih, di bawah undang-undang domisilnya;

“orang berkelayakan” ertinya seseorang yang bukan pemastautin di

Malaysia;

“pecah amanah” ertinya—

(a)

apa-apa tindakan oleh seseorang pemegang amanah yang berlanggaran dengan kewajipan yang dikenakan;

(b)

apa-apa tindakan atau pengabaian oleh seseorang pemegang amanah yang tidak dibenarkan atau dimaafkan; atau 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(c)

apa-apa pengabaian atau peninggalan di pihak pemegang amanah untuk memenuhi kewajipan yang dikenakan ke atasnya, oleh Akta ini, undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu atau terma amanah itu;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah seksyen 6B;

“pelindung” ertinya seseorang yang dilantik mengikut seksyen 35;

“pemastautin” ertinya mana-mana orang—

(a)

yang merupakan warganegara atau pemastautin tetap

Malaysia; atau

(b)

sesiapa yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan dan menjalankannya di Malaysia, selain—

(i)

suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah

Akta Syarikat Labuan 1990;

(ii)

suatu yayasan Labuan yang ditubuhkan di bawah

Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706]; dan

(iii)

suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah

Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707];

dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai seorang pemastautin menurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17];

“penguat kuasa” ertinya seseorang yang disebut dalam seksyen 11C;

“pembuat amanah” ertinya seseorang yang membuat suatu amanah dan termasuklah seseorang yang mengadakan harta amanah atau membuat suatu pemberian berwasiat atas amanah atau kepada sesuatu amanah, tetapi tidak termasuk seseorang yang membuat sumbangan kepada sesuatu amanah saham;

Amanah Labuan 11

“pemegang amanah” ertinya seseorang yang dilantik untuk bertindak sebagai seorang pemegang amanah suatu amanah mengikut peruntukan Akta ini;

“perbadanan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau yang sedia ada di Malaysia atau luar

Malaysia dan termasuk syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk—

(a)

suatu pertubuhan tunggal;

(b)

suatu kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja;

atau

(c)

suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;

“ringgit” ertinya ringgit dalam mata wang Malaysia;

“surat cara amanah” ertinya sesuatu surat cara yang melaluinya suatu amanah diwujudkan dan termasuklah suatu akuan amanah satu pihak dan apa-apa surat cara yang mengubah terma amanah itu;

“syarikat amanah Labuan” ertinya suatu perbadanan yang didaftarkan sebagai syarikat amanah Labuan di bawah Bahagian V

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];

“terma amanah” ertinya terma bertulis atau lisan bagi sesuatu amanah atau apa-apa terma lain yang terpakai di bawah undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu;

“undang-undang yang sepatutnya” ertinya—

(a)

undang-undang yang dipilih oleh pembuat amanah supaya terpakai bagi sesuatu amanah, pemilihannya itu dinyatakan atau adalah tersirat dalam terma amanah itu;

atau

(b)

jika tiada undang-undang dipilih, undang-undang yang dengannya sesuatu amanah mempunyai kaitan yang paling rapat pada masa ia diwujudkan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(2)

(Dipotong oleh Akta A1368).

(3)

Apa-apa sebutan mengenai “Akta ini” dalam Akta ini hendaklah, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, disifatkan termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari yang lain yang dibuat di bawah Akta ini.

(4)

Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang merujuk kepada mana-mana undang-undang lain hendaklah, setakat yang perlu untuk memberikan kuat kuasa kepada Akta ini dan secara selaras dengan peruntukan undang-undang yang lain itu, mempunyai erti yang sama dengan perkataan dan ungkapan dalam undang-undang yang berkaitan dengannya perkataan dan ungkapan itu digunakan dalam Akta ini.

s 3Kewujudan sesuatu amanah

Sesuatu amanah wujud jika seseorang memegang atau disifatkan memegang atau padanya terletak hak atau disifatkan terletak hak harta yang bukan kepunyaannya atas haknya sendiri dan dia di bawah suatu obligasi sebagai pemegang amanah untuk bertindak tentang harta itu—

(a)

bagi faedah mana-mana benefisiari, sama ada atau tidak ditentukan atau wujud;

(b)

bagi apa-apa maksud yang tidak bagi faedah pemegang amanah; atau

(c)

bagi faedah dan maksud yang disebut dalam perenggan

(a)

dan (b) kedua-duanya.

s 4Section 4

(Dipotong oleh Akta A1368).

s 5Section 5

(Dipotong oleh Akta A1368).

Undang-undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah dan kuasa untuk menukar undang-undang yang sepatutnya

s 6Section 6

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, sesuatu amanah hendaklah ditentukan oleh undang-undang yang sepatutnya bagi

Amanah Labuan 13

amanah itu dan hendaklah ditafsirkan dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya.

(1A)

Tertakluk kepada subseksyen (1B), undang-undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah hendaklah—

(a)

undang-undang yang dipilih oleh pembuat amanah sebagai terpakai bagi sesuatu amanah, pilihan itu dinyatakan atau tersirat dalam terma amanah itu; atau

(b)

jika tiada undang-undang dipilih, undang-undang yang dengannya amanah itu mempunyai kaitan paling rapat pada masa pewujudannya.

(1B)

Dalam menentukan undang-undang yang dengannya amanah itu mempunyai kaitan paling rapat, rujukan hendaklah dibuat khususnya kepada—

(a)

tempat pentadbiran amanah itu yang ditetapkan oleh pembuat amanah;

(b)

tempat terletaknya harta amanah itu;

(c)

tempat bermastautin atau perniagaan pemegang amanah;

(d)

atlamat amanah dan tempat-tempat yang amanah itu hendak dipenuhi.

(1C)

Tanpa menghalang cara lain untuk menentukan yang dengannya bidang kuasa ditetapkan itu mempunyai kaitan paling rapat, terma-terma amanah yang menetapkan tempat pentadbiran adalah sah dan muktamad sekiranya—

(a)

tempat terletaknya perniagaan utama seorang pemegang amanah atau seorang pemegang amanah merupakan pemastautin dalam bidang kuasa ditetapkan itu; atau

(b)

semua atau mana-mana bahagian pentadbiran itu berlaku dalam bidang kuasa ditetapkan.

(2)

Terma sesuatu amanah boleh mengadakan peruntukan supaya undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu ditukarkan daripada undang-undang suatu bidang kuasa kepada undang-undang suatu bidang kuasa yang lain dan sebaliknya, tertakluk kepada peruntukan

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

Akta ini dan kepada pengiktirafan pertukaran sedemikian oleh undang-undang yang berkaitan bagi bidang kuasa yang satu lagi itu, khususnya tentang kesahan amanah dan kepentingan benefisiari itu.

(3)

Sesuatu pertukaran undang-undang yang sepatutnya tidak menjejaskan kesahan di sisi undang-undang, atau menjadikan mana-mana orang bertanggungan bagi, apa-apa jua yang dibuat sebelum pertukaran itu.

BAHAGIAN IA

PENTADBIRAN AKTA

s 6APentadbiran Akta

Lembaga adalah bertanggungjawab bagi pentadbiran Akta ini, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri.

(1)

Lembaga boleh memberi kuasa kepada mana-mana anggota atau pegawainya untuk melaksanakan mana-mana fungsinya, menjalankan mana-mana kuasanya atau menunaikan mana-mana kewajipannya di bawah Akta ini.

(2)

Tertakluk kepada had tersebut, sekiranya ada, sebagaimana yang boleh ditetapkan, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah melaksanakan semua fungsinya, menjalankan semua kuasanya dan menunaikan semua kewajipan Lembaga dan tiap-tiap fungsi yang dilaksanakan, kuasa yang dijalankan dan kewajipan yang ditunaikan itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan dengan sewajarnya bagi maksud Akta ini.

Bahagian II

Pewujudan dan Pengiktirafan Amanah Labuan

Bahagian III

Benefisiari Amanah Labuan

Bahagian IV

Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

Bahagian V

Pelbagai