Skip to content

13. Pindaan seksyen 42

Seksyen 42 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengurusan, pentadbiran dan kawalan ke atas tempat perlindungan yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1), orang yang diperdagangkan di tempat perlindungan itu dan

Pegawai Pelindung yang dilantik di bawah seksyen 43.

(4)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat boleh memberikan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus bagi maksud yang disebut dalam subseksyen (3).”.

Report