Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 · As enacted
6. Pindaan seksyen 14
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 14 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“kanak-kanak” perkataan “atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental”;
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula—
dengan menggantikan perkataan “seorang kanak-kanak”
dengan perkataan “seorang kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental”;
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan)
dengan memotong perkataan “bagi maksud eksploitasi,”; dan
dengan menggantikan perkataan “pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda” dengan perkataan “pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Dalam suatu pendakwaan bagi kesalahan di bawah seksyen ini, cara yang digunakan terhadap orang yang diperdagangkan yang merupakan seorang kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental adalah tidak relevan dan bukanlah menjadi satu kehendak untuk dibuktikan.”.