Skip to content

19. Kecualian

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta ini, anggota Majlis yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan 6(2)(n) dan (o) sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan sehingga pelantikannya dibatalkan atau sehingga tempoh pelantikannya tamat.

(2)

Semua arahan, perisytiharan, Perintah Perlindungan dan perintah perlindungan interim yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ibu hendaklah, setakat yang arahan, perisytiharan, Perintah Perlindungan dan perintah perlindungan

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan)

11

interim itu adalah selaras dengan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga arahan, perisytiharan, Perintah Perlindungan dan perintah perlindungan interim itu dibatalkan atau dipinda.

(3)

Apa-apa siasatan, perakaman deposisi, perbicaraan atau prosiding yang telah dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah

Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Report