Seksyen 26
Seksyen 26
Tiada sesuatu bank Islam boleh memberi sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit di bawah pengecualian yang disebutkan dalam subseksyen (4) seksyen 25 melainkan jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi:
(a)
bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu memenuhi standard-standard kelayakan-kredit yang dikehendaki dari peminjam-peminjam lain yang memohon;
(b)
bahawa terma-terma pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit tidak kurang baiknya kepada bank itu daripada yang ditawarkan kepada orang-orang lain;
(c)
bahawa pemberian pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu akan memberi manfaat yang paling baik kepada bank itu; dan
(d)
bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit telah diluluskan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada semua pengarah lain bank itu dalam mesyuarat lembaga penuh pengarah-pengarah yang diadakan dengan sempurna dan kelulusan itu telah direkodkan dalam minit mesyuarat tersebut.