Akta Bank Islam 1983 · As enacted · Bahagian V · Sekatan Mengenai Perniagaan
29. Section 29
Feedback & supportSesuatu kemudahan kredit yang diberi oleh sesuatu bank Islam kepada mana-mana orang bagi maksud membiayai pembelian atau pemegangan syersyer tidaklah boleh melebihi apa-apa peratusan nilai pasar bagi syer-syer itu pada masa kemudahan kredit itu diberi, sebagaimana yang diarahkan oleh Bank Negara secara bertulis.
Sesuatu kemudahan kredit yang diberi di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang hendaklah diterangkan dalam suatu akaun yang berasingan daripada yang disimpan bagi apa-apa kemudahan kredit lain yang diberi kepadanya.
Bank Negara boleh memberi arahan secara bertulis kepada mana-mana bank Islam berkenaan dengan hal-hal yang berikut, iaitu—
asas dan
asas dan cara bagi menentukan nilai pasaran syer-syer yang dipegang sebagai cagaran bagi kemudahan kredit itu;
pengeluang
pengeluaran wang atau syer-syer oleh orang yang kepadanya kemudahan kredit itu telah diberi;
penggantian syer-syer yang dipegang dengan syer-syer lain sebagai cagaran bagi lain-lain kemudahan kredit itu; dan
ana ana
apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu.
Mana-mana bank Islam yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini atau sesuatu arahan yang diberikan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.