Seksyen 5
Seksyen 5
Tiada sesuatu syarikat boleh diberi sesuatu lesen di bawah seksyen 3 dan juga tiada sesuatu syarikat yang diberi lesen di bawah seksyen itu boleh menjalankan perniagaan di Malaysia tanpa kebenaran bertulis Menteri jika wang modalnya yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain adalah kurang daripada amaun minimum.
(2)
Bagi maksud-maksud seksyen ini—
"amaun minimum" ertinya apa-apa amaun wang modal yang disenggarakan oleh bank Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Bank Negara melalui pemberitahuan dalam Warta;
"wang modal" ertinya modal yang telah dibayar dan rizab dan apa-apa sumber modal lain sebagaimana ditakrifkan dan dikira mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dengan notis secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara.
(3)
Penentuan amaun minimum yang disenggarakan di bawah subseksyen (2) hendaklah dipatuhi dalam tempoh tangguhan yang sama iaitu tidak kurang daripada tiga bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.