Skip to content

Seksyen 6

of Akta Bank Islam 1983

ActRepealedProvision 6 of 61

Seksyen 6

(1)

Tiada sesuatu syarikat boleh diberi atau boleh memegang lesen jika Menteri berpuas hati bahawa ia adalah atau telah menjadi syarikat yang dipunyai atau dikawal oleh negara asing.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, sesuatu syarikat hendaklah disifatkan sebagai dipunyai atau dikawal oleh negara asing jika lima puluh peratus atau lebih daripada modalnya yang dikeluarkan dan dibayar adalah dipunyai oleh atau bagi pihak orang-orang yang bukan warganegara Malaysia, atau jika bilangan terbesar orang-orang yang berkuasa mengarah, mengawal atau mengurus syarikat itu bukan warganegara Malaysia.