Act of Parliament · Updated to 16 Jan 2017
Akta Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2017
Feedback & supportMembership in the Asian infrastructure investment bankOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Pelaburan
Infrastruktur Asia 2017.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh Perjanjian mula berkuat kuasa bagi Kerajaan Malaysia menurut Perkara 58
Perjanjian.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Undang-Undang Malaysia 6
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya anggota Bank;
“Bank” ertinya Bank Pelaburan Infrastruktur Asia yang ditubuhkan di bawah Perjanjian;
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Perjanjian” ertinya Perkara Perjanjian Bank Pelaburan Infrastruktur
Asia bagi penubuhan dan pengendalian Bank Pelaburan Infrastruktur
Asia yang ditandatangani oleh Kerajaan di Beijing, China pada 21 Ogos 2015, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.
Walau apa pun yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang lain, peruntukan Perjanjian yang dinyatakan dalam
Jadual hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam
Malaysia.
Tiada apa-apa jua dalam Perkara 51 Perjanjian boleh ditafsirkan sebagai—
memberi hak kepada Bank untuk mengimport ke dalam
Malaysia barang yang bebas daripada duti kastam tanpa apa-apa sekatan ke atas penjualan berikutnya barang itu dalam Malaysia;
memberi kepada Bank apa-apa pengecualian daripada cukai atau duti yang menjadi sebahagian daripada harga barang yang dijual atau perkhidmatan yang dibekalkan; atau
memberi kepada Bank apa-apa pengecualian daripada cukai atau duti yang merupakan caj bagi perkhidmatan yang telah diberikan.
Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 7
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual selaras dengan apa-apa pindaan kepada peruntukan
Perjanjian yang dinyatakan dalam Jadual yang kemudiannya dibuat dan diterima pakai.
s 4Penepian
Bank boleh mengetepikan apa-apa keistimewaan, kekebalan dan pengecualian yang diberikan di bawah Bab IX Perjanjian dalam mana-mana hal atau keadaan, mengikut cara dan atas syarat sebagaimana yang ditentukannya sesuai demi kepentingan Bank.
s 5Kuasa untuk memohon beli syer saham modal Bank
Menteri diberi kuasa untuk memohon beli bagi pihak Kerajaan—
syer saham modal dibenarkan Bank yang asal mengikut perenggan 1 Perkara 5 Perjanjian bagi suatu amaun yang tidak melebihi seratus sembilan juta dan lima ratus ribu dolar Amerika Syarikat;
jika syer Kerajaan telah ditambah atas permintaan Kerajaan di bawah perenggan 3 Perkara 5 Perjanjian, sebanyak amaun pertambahan itu; dan
jika saham modal dibenarkan Bank yang asal ditambah di bawah perenggan 4 Perkara 5 Perjanjian, sebanyak suatu kadar daripada pertambahan saham sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan itu.
s 6Jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Disatukan—
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli saham modalnya di bawah dan mengikut cara pembayarannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 6 Perjanjian;
Undang-Undang Malaysia 8
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli saham modal boleh panggilnya apabila dikehendaki oleh Bank di bawah perenggan 3
Perkara 6 Perjanjian;
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli tambahan oleh Kerajaan bagi saham modal Bank mengikut perenggan 3 dan 4
Perkara 5 Perjanjian; dan
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank di bawah mana-mana peruntukan lain Perjanjian.
Semua jumlah wang yang dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang Disatukan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar dalam dolar Amerika Syarikat.
Menteri boleh mengeluarkan kepada Bank dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut apa-apa nota janji hutang atau tanggungan lain, sebagai ganti kepada amaun yang kena dibayar dalam mata wang Malaysia, dengan syarat bahawa amaun itu tidak dikehendaki oleh Bank bagi penjalanan pengendaliannya.
Apa-apa nota atau tanggungan yang dikeluarkan itu hendaklah tidak boleh niaga, tanpa faedah dan kena dibayar kepada Bank pada nilai setara apabila diminta.
s 8Penerimaan
Semua jumlah wang yang diterima oleh atau bagi pihak
Kerajaan daripada Bank hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan
Wang Disatukan.
s 9Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 9