6. Jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
Feedback & supportMaka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Disatukan—
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli saham modalnya di bawah dan mengikut cara pembayarannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 6 Perjanjian;
Undang-Undang Malaysia 8
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli saham modal boleh panggilnya apabila dikehendaki oleh Bank di bawah perenggan 3
Perkara 6 Perjanjian;
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli tambahan oleh Kerajaan bagi saham modal Bank mengikut perenggan 3 dan 4
Perkara 5 Perjanjian; dan
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank di bawah mana-mana peruntukan lain Perjanjian.
Semua jumlah wang yang dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang Disatukan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar dalam dolar Amerika Syarikat.