Seksyen 3
Peruntukan tertentu Perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang
of Akta Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2017
Walau apa pun yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang lain, peruntukan Perjanjian yang dinyatakan dalam
Jadual hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam
Malaysia.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Perkara 51 Perjanjian boleh ditafsirkan sebagai—
(a)
memberi hak kepada Bank untuk mengimport ke dalam
Malaysia barang yang bebas daripada duti kastam tanpa apa-apa sekatan ke atas penjualan berikutnya barang itu dalam Malaysia;
(b)
memberi kepada Bank apa-apa pengecualian daripada cukai atau duti yang menjadi sebahagian daripada harga barang yang dijual atau perkhidmatan yang dibekalkan; atau
(c)
memberi kepada Bank apa-apa pengecualian daripada cukai atau duti yang merupakan caj bagi perkhidmatan yang telah diberikan.
Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 7
(3)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual selaras dengan apa-apa pindaan kepada peruntukan
Perjanjian yang dinyatakan dalam Jadual yang kemudiannya dibuat dan diterima pakai.