Skip to content

Seksyen 62

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 62 of 83

Seksyen 62

(1)

Jika dalam sesuatu pembicaraan di sisi undangundang, relif yang diminta adalah termasuk mengubah atau membetulkan Daftar, Pendaftar adalah berhak hadir dan didengar, dan hendaklah hadir jika diarahkan sedemikian oleh Mahkamah.

(2)

Melainkan jika selainnya diarahkan oleh Mahkamah, Pendaftar boleh, daripada hadir dan didengar, mengemukakan kepada Mahkamah suatu pernyataan secara bertulis yang ditandatangani olehnya, memberi butir-butir langkah pembicaraan di hadapannya berhubung dengan perkara yang dipersoalkan itu atau butir-butir alasan mengenai sesuatu keputusan yang telah diberi olehnya mengenai perkara itu atau butir-butir amalan pejabat dalam halal yang serupa, atau butir-butir apa-apa perkara lain yang