Skip to content

Seksyen 65

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 65 of 83

Seksyen 65

(1)

Salinan-salinan bercetak atau bertulis atau cabutancabutan daripada Daftar, yang berupa sebagai diperakui oleh Pendaftar dan dimeteri dengan meterinya boleh diterima sebagai keterangan dalam sesuatu pembicaraan di hadapan mana-mana mahkamah undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya atau dikemukakan dokumen-dokumen asalnya.

(2)

Sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar mengenai apa-apa perbuatan yang ia diberikuasa di bawah Akta ini untuk melakukan dan yang ia telah atau belum lakukan, mengikut mana yang berkenaan, adalah menjadi keterangan prima facie dalam sesuatu pembicaraan di hadapan mana-mana mahkamah undang-undang mengenai hal yang ia telah melakukan atau belum melakukan perbuatan itu.