Seksyen 64
Seksyen 64
Dalam segala pembicaraan di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini, keterangan hendaklah diberi dengan cara akuan berkanun melainkan jika selainnya diarahkan, tetapi dalam sesuatu hal yang difikirkannya patut, Pendaftar boleh mengambil keterangan viva voce sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada keterangan dengan cara akuan.
(2)
Mana-mana akuan berkanun itu boleh, mengenai rayuan, digunakan di hadapan Mahkamah sebagai ganti keterangan dengan cara afidavit, tetapi jika digunakan sedemikian ia hendaklah mempunyai segala beban dan akibat keterangan dengan cara afidavit.
(3)
Dalam apa-apa tindakan atau pembicaraan berhubung dengan suatu cap dagangan atau nama dagangan, Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan, boleh membenarkan keterangan diberi mengenai kelazimankelaziman perdagangan yang berkenaan itu dan mengenai mana-mana cap dagangan, nama dagangan, caragaya yang berkenaan yang digunakan secara sah oleh orang-orang lain.