Skip to content

Seksyen 17B

Arahan pendahuluan

of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

ActIn forceProvision 33 of 63
Seksyen 17B
(1)

Tertakluk pada seksyen ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang, Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu arahan pendahuluan tentang pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi orang itu dan bagi perkiraan yang baginya arahan itu diminta.

(2)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang akan disediakan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana arahan pendahuluan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dengan memberikan suatu notis bertulis tentang penarikan balik itu kepada orang yang baginya arahan itu terpakai.

(4)

Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, jika suatu arahan pendahuluan itu terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu perkiraan dan orang itu memakai peruntukan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam arahan itu, Ketua Pengarah hendaklah memakai peruntukan berhubung dengan orang dan perkiraan itu mengikut arahan itu.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(5)

Sesuatu arahan pendahuluan tentang mana-mana peruntukan

Akta ini hendaklah terpakai bagi seseorang berhubung dengan suatu perkiraan jika peruntukan itu disebut dengan nyata dalam arahan itu dan bagi tempoh asas bagi tahun taksiran yang baginya arahan itu terpakai.

(6)

Sesuatu arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang berhubung dengan sesuatu perkiraan jika—

(a)

perkiraan itu berbeza secara material daripada perkiraan yang dinyatakan dalam arahan itu;

(b)

terdapat peninggalan atau salah nyata material dalam, atau berkaitan dengan pemakaian arahan itu;

(c)

Ketua Pengarah membuat suatu andaian tentang suatu peristiwa akan datang atau perkara lain yang material kepada arahan itu, dan andaian itu kemudiannya terbukti silap; atau

(d)

orang itu tidak memenuhi mana-mana syarat yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.