Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian VI · Tambahan
21. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan—
secara am bagi maksud melaksanakan, atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini;
bagi maksud melaksanakan atau memudahkan penjalanan perkiraan yang dikuatkuasakan di bawah seksyen 132, 132A,
132B atau 132C Akta Cukai Pendapatan 1967;
menyediakan skop dan tatacara yang terpakai berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 17B;
dan
menetapkan fi yang dikenakan berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 17B.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu.