Seksyen 2
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“barang” ertinya semua jenis harta alih;
“barang bercukai” ertinya barang daripada kelas atau jenis yang tidak dikecualikan daripada cukai jualan;
“cukai jualan” ertinya cukai yang kena dibayar di bawah Akta ini;
“ditetapkan”
ertinya ditetapkan oleh
Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“gudang berlesen” ertinya apa-apa gudang atau tempat yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“gudang kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“gudang pengilangan berlesen” ertinya suatu gudang berlesen yang berkenaan dengannya suatu lesen tambahan untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan telah diberikan di bawah seksyen 65A
Akta Kastam 1967;
“jualan” termasuklah barter, pelupusan barang dengan hak untuk membeli atau atas terma yang memperuntukkan bahawa penjual mengekalkan kepentingan dalam barang itu, dan penghantaran barang di bawah apa-apa syarat berkenaan dengan pembayaran pada masa hadapan;
“kawasan ditetapkan” ertinya Labuan, Langkawi, Tioman dan
Pangkor;
“kawasan khas” ertinya mana-mana zon bebas, gudang berlesen dan gudang pengilangan berlesen, Kawasan Pembangunan Bersama, dan pangkalan bekalan petroleum yang dilesenkan di bawah seksyen 77B Akta Kastam 1967;
Cukai Jualan 13
“Kawasan Pembangunan Bersama” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Pihak Berkuasa Bersama
Malaysia-Thailand 1990 [Akta 440];
“ketetapan kastam” ertinya apa-apa ketetapan kastam yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 44;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967;
“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
“Labuan” ertinya Pulau Labuan dan pulau-pulau tanggungannya, iaitu Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan dan
Daat;
“Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang berdampingan dengannya yang terletak lebih hampir dengan Pulau
Langkawi daripada tanah besar;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang kena cukai” ertinya seorang pengilang berdaftar atau pengilang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12;
“Pangkor” ertinya Pulau Pangkor, Pulau Mentagor, Pulau Giam,
Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak, Pulau Pelanduk, Pulau Anak
Pelanduk, Pulau Landak, Batu Orang Tua dan Batu Jambal;
“pegawai cukai jualan” ertinya mana-mana pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuk mana-mana orang yang dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen 4(3);
“pegawai cukai jualan yang hak” ertinya mana-mana pegawai kanan cukai jualan atau pegawai cukai jualan yang bertindak dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini, sama ada kewajipan itu
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 806
ditugaskan kepadanya secara khusus atau am, atau secara nyata atau tersirat;
“pegawai kanan cukai jualan” ertinya mana-mana pegawai kanan kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1)
Akta Kastam 1967;
“pengangkut” termasuklah apa-apa vesel, kereta api, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa;
“pengilang” ertinya seseorang yang melibatkan diri dalam pengilangan barang;
“pengilang berdaftar” ertinya seorang pengilang yang didaftarkan di bawah seksyen 13 atau 14;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 106;
“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
[Akta 743];
“perniagaan”
termasuklah apa-apa tred, perdagangan atau pengilangan, atau apa-apa usaha daripada jenis tred, perdagangan atau pengilangan;
“petroleum” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“surcaj” ertinya surcaj yang disebut dalam subseksyen 32(3);
“tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3);
“tempoh bercukai” ertinya apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan atau diperuntukkan di bawah seksyen 25;
Cukai Jualan 15
“Tioman” ertinya Pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis,
Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi dan Jahat;
“Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141B Akta Kastam 1967;
“zon bebas” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438].
(2)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
barang hendaklah disifatkan berada di bawah kawalan kastam semasa barang itu didepositkan atau dipegang di dalam mana-mana gudang kastam atau gudang berlesen, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut, saluran paip atau tempat yang daripadanya barang itu tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai cukai jualan yang hak; dan
(b)
barang hendaklah disifatkan berada di bawah kawalan eksais semasa barang itu didepositkan atau dipegang di dalam mana-mana kilang penyulingan, kilang bir atau tempat pengilangan lain, atau di dalam mana-mana gudang eksais awam, gudang berlesen, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut, saluran paip atau tempat yang daripadanya barang itu tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai cukai jualan yang hak.