Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

4. Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan cukai jualan, tertakluk pada arahan dan kawalan Menteri.

(2)

Tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan cukai jualan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain yang diberikan di bawah seksyen 7, 41, 42 dan 105.

(3)

Mana-mana orang, selain seorang pegawai cukai jualan, boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua Pengarah untuk apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cukai jualan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai cukai jualan bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.

(4)

Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis, memberi mana-mana pegawai cukai jualan yang bukan pegawai kanan cukai jualan kesemua atau mana-mana kuasa seorang pegawai kanan

Cukai Jualan 17

cukai jualan bagi tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.

(5)

Mana-mana pegawai cukai jualan hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya peruntukan Akta ini.

Report

Bahagian III

Pengenaan dan Skop Cukai Jualan

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Bahagian VI

Pengecualian, Pembayaran Balik, Pulang Balik, Peremitan dan Pemotongan

Bahagian VII

Ketetapan

Bahagian VIII

Kawasan Ditetapkan

Bahagian IX

Kawasan Khas

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan

Schedules