Seksyen 35
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Apabila ternyata pada mana-mana Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat atau premis, terdapat apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang disembunyikan atau disimpan yang boleh menjadi keterangan bagi pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kastam yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa dan dengan atau tanpa bantuan—
(a)
untuk memasuki tempat atau premis itu dan untuk menggeledah dan menyita buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain; atau
(b)
untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat atau premis yang dalam milikannya buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain itu ditemui atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain itu.
46
Undang-Undang Malaysia
(2)
Pegawai kastam yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)
boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat atau premis itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan;
(b)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan
(c)
menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam tempat atau premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.