Skip to content

Seksyen 14

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 14 of 84

Seksyen 14

(1)

Tiap-tiap pengendali hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penginapan itu disediakan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, mengeluarkan suatu invois, resit atau dokumen lain dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris kepada pelancong berkenaan dengan penginapan yang disediakan dan hendaklah menyatakan kadar dan amaun cukai pelancongan yang kena dibayar secara berasingan daripada caj bagi penginapan yang disediakan oleh pengendali.

(1A)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, apabila terdapat permintaan secara bertulis dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, meluluskan mana-mana satu atau lebih butir-butir yang ditetapkan untuk tidak dimasukkan dalam suatu invois.

(2)

Tiada invois, resit atau dokumen lain yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai cukai pelancongan boleh dikeluarkan oleh seseorang yang bukan seorang pengendali.

18

Undang-Undang Malaysia

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, dan seksyen 15 dan 30, sebutan tentang dokumen lain termasuklah pesanan tempatan dan penyata akaun.