Skip to content

Seksyen 10

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 10 of 84

Seksyen 10

(1)

Tiap-tiap pengendali hendaklah bertanggungan untuk mendaftar di bawah Akta ini dan bagi maksud itu hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan, dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pengendali itu mengendalikan premis penginapan.

(3)

Mana-mana pengendali yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Tanggungan pengendali yang mengendalikan premis penginapan sebelum permulaan kuat kuasa Akta untuk mendaftar