Skip to content

Seksyen 37

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 49 of 84

Seksyen 37

(1)

Semua buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang berkenaan dengannya pegawai kastam mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dalamnya buku, data, dokumen atau rekod atau

Cukai Pelancongan 47

benda lain itu dijumpai atau telah digunakan berkaitan dengan kesalahan atau pelanggaran itu, dan apa-apa buku, data, dokumen, rekod atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah sebagai mempunyai kaitan dengan kes itu, boleh disita oleh mana-mana pegawai kastam.

(2)

Apabila mana-mana buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain disita di bawah Akta ini, pegawai kastam hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis tentang penyitaan itu dan alasan baginya kepada pemunya buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahkan notis itu kepadanya secara ke diri atau menyerahkan notis itu melalui pos ke tempat kediamannya, jika diketahui.

(3)

Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dalamnya buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain itu dijumpai dan bagi apa-apa barang yang digunakan untuk menyembunyikan buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain itu.