Skip to content

Seksyen 5

Kad kuasa, dsb., hendaklah dikemukakan

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 6 of 84
Seksyen 5
(1)

Tiap-tiap pegawai kastam apabila melaksanakan kewajipannya hendaklah, jika tidak beruniform, apabila diminta oleh mana-mana orang, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang itu kad kuasa atau lencana yang ditetapkan di bawah seksyen 8A Akta Kastam 1967.

(2)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai kastam yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu tidak beruniform dan enggan untuk mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.

Cukai Pelancongan 13