Seksyen 7
Pengarah
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Tertakluk pada subseksyen 6(3), adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pengendali yang menyediakan penginapan kepada seseorang pelancong di suatu premis penginapan untuk memungut cukai pelancongan daripada pelancong itu.
(2)
Tiap-tiap pengendali hendaklah membayar cukai pelancongan yang dipungut atau bertanggungan untuk dipungut di bawah Akta ini kepada Ketua Pengarah.
14
Undang-Undang Malaysia
Kadar cukai pelancongan
*8. (1) Menteri boleh, dengan persetujuan menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan kadar cukai pelancongan yang hendak dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), “menetapkan” termasuklah
“menaikkan” atau “mengurangkan”.
(3)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(4)
(Dipotong oleh Akta 851).
(5)
(Dipotong oleh Akta 851).
Kuasa Menteri untuk mengecualikan