Amendment Act · As enacted · 3 parts
Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019
Amends the Service Tax Act 2018Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Perkhidmatan
(Pindaan) 2019.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan atau Bahagian yang berlainan
Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital di bawah Akta ini.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 4
s 2Seksyen baharu 1a
Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1 seksyen yang berikut:
“Pemakaian wilayah dan luar wilayah 1a. (1) Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai kedua-duanya di dalam dan di luar Malaysia.
Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai bagi mana-mana orang walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraan, di luar had geografi
Malaysia dan perairan wilayah Malaysia, jika orang itu—
ialah seorang pemberi perkhidmatan asing; atau
berdaftar di bawah seksyen 56c sebagai orang berdaftar asing.”.
s 3Pindaan seksyen 2
Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—
dalam takrif “kawasan ditetapkan”, dengan menggantikan perkataan “dan Tioman” dengan perkataan “, Tioman dan Pangkor’;
dalam takrif “kawasan khas”, dengan menggantikan perkataan “dan Kawasan Pembangunan Bersama”
dengan perkataan “Kawasan Pembangunan Bersama, dan pangkalan bekalan petroleum yang dilesenkan di bawah seksyen 77b Akta Kastam 1967”;
dengan memasukkan selepas takrif “orang berdaftar” takrif yang berikut:
‘ “orang berdaftar asing” ertinya mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang berdaftar di bawah seksyen 56c;’;
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
dengan memasukkan selepas takrif “orang kena cukai”
takrif yang berikut:
‘ “Pangkor” ertinya Pulau Pangkor, Pulau Mentagor,
Pulau Giam, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak,
Pulau Pelanduk, Pulau Anak Pelanduk, Pulau Landak,
Batu Orang Tua dan Batu Jambal;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pegawai kanan cukai perkhidmatan” takrif yang berikut:
‘ “pemberi perkhidmatan asing” ertinya mana-mana orang di luar Malaysia yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada pengguna dan termasuklah mana-mana orang di luar Malaysia yang mengendalikan platform dalam talian untuk membeli atau menjual barang atau memberikan perkhidmatan (sama ada atau tidak orang itu memberikan apa-apa perkhidmatan digital) dan yang membuat transaksi bagi pemberian perkhidmatan digital bagi pihak mana-mana orang;
“pengguna” ertinya mana-mana orang yang memenuhi mana-mana dua daripada yang berikut:
membuat pembayaran bagi perkhidmatan digital dengan menggunakan kemudahan kredit atau debit yang disediakan oleh mana-mana institusi kewangan atau syarikat di Malaysia;
memperoleh perkhidmatan digital dengan menggunakan alamat protokol internet yang berdaftar di Malaysia atau kod negara antarabangsa telefon mudah alih yang ditetapkan bagi Malaysia;
bermastautin di Malaysia;’; dan
dengan memasukkan selepas takrif “perkhidmatan bercukai diimport” takrif yang berikut:
‘ “perkhidmatan digital” ertinya apa-apa perkhidmatan yang dihantar atau dilanggan melalui internet atau rangkaian elektronik lain dan yang tidak boleh diperoleh tanpa menggunakan teknologi maklumat dan yang penghantaran perkhidmatan itu pada asasnya automatik;”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 4Pindaan seksyen 9
Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Walau apa pun perenggan (1)(a) dan (b), jika perkhidmatan bercukai diberikan oleh orang kena cukai dan pembayaran bagi perkhidmatan itu dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, nilai perkhidmatan bercukai itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.”.
s 5Pindaan seksyen 10
Subseksyen 10(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan
“yang diberikan”.
s 6Pindaan seksyen 11
Seksyen 11 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan cukai perkhidmatan berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar itu menjadi genap masa pada masa invois dikeluarkan.”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“invois bagi perkhidmatan bercukai yang diberikan itu,”
dengan perkataan “perkhidmatan bercukai itu diberikan,”;
dengan memasukkan selepas perenggan (3)(a) perenggan yang berikut:
“(aa) jika mana-mana perkhidmatan bercukai diberikan oleh mana-mana orang berdaftar dan pembayaran bagi perkhidmatan bercukai itu dibuat kepada
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
7
apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, cukai perkhidmatan yang dikehendaki untuk diakaunkan hendaklah menjadi genap masa pada hari syiling, token atau seumpamanya itu dipungut daripada mesin atau alat itu;”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Perenggan (3)(c) tidak terpakai bagi perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai selepas 1 September 2018.”.
s 7Pindaan seksyen 12
Seksyen 12 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.”.
s 8Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.”.
s 9Pindaan seksyen 14
Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.”.
Undang-Undang Malaysia 8
s 10Pindaan seksyen 15
Seksyen 15 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (11) subseksyen yang berikut:
“(12) Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.”.
s 11Pindaan seksyen 16
Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (10) subseksyen yang berikut:
“(11) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 12Pindaan seksyen 17
Seksyen 17 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 13Pindaan seksyen 18
Seksyen 18 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 14Pindaan seksyen 19
Seksyen 19 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 15Pindaan seksyen 20
Seksyen 20 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
s 16Pindaan seksyen 21
Seksyen 21 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “, dalam masa satu tahun daripada tarikh perkhidmatan bercukai diberikan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah,”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua
Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh orang berdaftar dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan supaya invois tidak dikeluarkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa adalah tidak wajar orang berdaftar itu mengeluarkan invois.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Walau apa pun subseksyen (3), jika pembayaran bagi perkhidmatan bercukai dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, amaun pembayaran itu hendaklah termasuk amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 17Pindaan seksyen 22
Seksyen 22 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan
Undang-Undang Malaysia 10
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 18Pindaan seksyen 23
Seksyen 23 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 19Pindaan seksyen 24
Seksyen 24 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 20Pindaan seksyen 25
Seksyen 25 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 21Pindaan seksyen 26
Seksyen 26 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula subseksyen (7) yang sedia ada sebagai subseksyen (8);
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
dengan menomborkan semula subseksyen (8) yang sedia ada sebagai subseksyen (7);
dalam subseksyen (9)—
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (7)”
dengan perkataan “subseksyen (8)”; dan
dengan menggantikan perkataan “perenggan (8)(c)”
dengan perkataan “perenggan (7)(c)”;
dalam subseksyen (10)—
dengan menggantikan perkataan “Mahkamah”
dengan perkataan “Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (8), mahkamah”;
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (7)”
dengan perkataan “subseksyen (8)”; dan
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (8)”
dengan perkataan “subseksyen (7)”;
dalam subseksyen (11)—
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (7)”
dengan perkataan “subseksyen (8)”; dan
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (8)”
dengan perkataan “subseksyen (7)” di mana-mana jua terdapat; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (11) subseksyen yang berikut:
“(12) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 22Pindaan seksyen 26a
Seksyen 26a Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula subseksyen (3) yang sedia ada sebagai subseksyen (4);
Undang-Undang Malaysia 12
dengan menomborkan semula subseksyen (4) yang sedia ada sebagai subseksyen (3);
dalam subseksyen (3) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan memotong perkataan “kena cukai”;
dalam subseksyen (5)—
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3)”
dengan perkataan “subseksyen (4)”; dan
dengan menggantikan perkataan “perenggan (4)(c)”
dengan perkataan “perenggan (3)(c)”;
dalam subseksyen (6)—
dengan menggantikan perkataan “Mahkamah”
dengan perkataan “Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (4), mahkamah”;
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3)”
dengan perkataan “subseksyen (4)”; dan
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (4)”
dengan perkataan “subseksyen (3)”; dan
dalam subseksyen (7)—
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3)”
dengan perkataan “subseksyen (4)”; dan
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (4)”
dengan perkataan “subseksyen (3)” di mana-mana jua terdapat.
s 23Pindaan seksyen 27
Seksyen 27 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dalam subperenggan (a)(iii), dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan itu;
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) mana-mana pemberi perkhidmatan asing tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 56c;
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
13
mana-mana orang berdaftar asing—
tidak mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 56h; atau
mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul; atau”;
dengan menggantikan perkataan “atau 26a(4)”
dengan perkataan “, 26a(4) atau 56i(2)”; dan
dengan menggantikan perkataan “oleh orang kena cukai itu atau” dengan perkataan “oleh orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu atau”; dan
dalam perenggan (5)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “orang kena cukai” perkataan “atau orang berdaftar asing”.
s 24Seksyen baharu 27a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27
seksyen yang berikut:
“Mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik 27a. Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, secara keseluruhannya atau sebahagiannya—
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];
Undang-Undang Malaysia 14
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806];
apa-apa amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 [Akta 762];
apa-apa amaun duti kastam, atau apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Kastam 1967; atau
apa-apa amaun duti eksais, atau apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Eksais 1976
[Akta 176],
Ketua Pengarah boleh mengimbangkan, terhadap amaun yang masih belum dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b),
, (d), (e), (f) atau (g), apa-apa amaun atau mana-mana bahagian daripada apa-apa amaun yang boleh dibayar balik di bawah Akta ini kepada orang itu dan Ketua Pengarah hendaklah mengira amaun yang diimbangkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang itu.”.
s 25Pindaan seksyen 28
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“perkhidmatan bercukai” perkataan “atau perkhidmatan digital” di mana-mana jua terdapat; dan
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
dalam subseksyen (3)—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“atau 22” dengan perkataan “, 22 atau 56g”;
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “perkhidmatan bercukai” perkataan “atau perkhidmatan digital” di mana-mana jua terdapat;
dan
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “orang berdaftar” perkataan “atau orang berdaftar asing”.
s 26Pindaan seksyen 29
Seksyen 29 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“orang kena cukai” perkataan “atau orang berdaftar asing”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “orang kena cukai”
perkataan “atau orang berdaftar asing” di mana-mana jua terdapat.
s 27Pindaan seksyen 31
Subseksyen 31(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan
“26(4)” perkataan “atau 26a(1)”; dan
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan
“26(8)” perkataan “atau 26a(4)”.
s 28Pindaan seksyen 32
Seksyen 32 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 26(8)” perkataan “atau 26a(4)”; dan
Undang-Undang Malaysia 16
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 29Pindaan seksyen 34
Seksyen 34 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “perkhidmatan bercukai” perkataan “atau perkhidmatan digital”;
dan
dengan memasukkan selepas perkataan “yang diberikan” perkataan “atau mana-mana perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh”;
dalam perenggan (3)(a)—
dengan memasukkan selepas perkataan “perkhidmatan bercukai” perkataan “atau perkhidmatan digital”;
dan
dengan memasukkan selepas perkataan “yang diberikan” perkataan “atau mana-mana perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh”; dan
dalam subseksyen (4)—
dengan memasukkan selepas perkataan “apa-apa perkhidmatan bercukai” perkataan “atau orang berdaftar asing memberikan apa-apa perkhidmatan digital”;
dengan memasukkan selepas perkataan “orang berdaftar itu” perkataan “atau orang berdaftar asing itu”; dan
dengan menggantikan perkataan “atas perkhidmatan bercukai itu” dengan perkataan “atas perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital itu”.
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
s 30Pindaan seksyen 35
Seksyen 35 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 31Pindaan seksyen 36
Seksyen 36 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 32Pindaan seksyen 39
Seksyen 39 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
s 33Pindaan seksyen 40
Seksyen 40 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.
Bahagian VII
Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 41 seksyen yang berikut:
Bahagian VIII
Bahagian VIII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 47 seksyen yang berikut:
Bahagian IX