Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

16. Pindaan seksyen 21

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “, dalam masa satu tahun daripada tarikh perkhidmatan bercukai diberikan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah,”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Walau apa pun subseksyen (1), Ketua

Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh orang berdaftar dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan supaya invois tidak dikeluarkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa adalah tidak wajar orang berdaftar itu mengeluarkan invois.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Walau apa pun subseksyen (3), jika pembayaran bagi perkhidmatan bercukai dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, amaun pembayaran itu hendaklah termasuk amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 41 seksyen yang berikut:

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 47 seksyen yang berikut:

Bahagian IX

Bahagian IX Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 52 seksyen yang berikut: