Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 · As enacted
6. Pindaan seksyen 11
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 11 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan cukai perkhidmatan berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar itu menjadi genap masa pada masa invois dikeluarkan.”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“invois bagi perkhidmatan bercukai yang diberikan itu,”
dengan perkataan “perkhidmatan bercukai itu diberikan,”;
dengan memasukkan selepas perenggan (3)(a) perenggan yang berikut:
“(aa) jika mana-mana perkhidmatan bercukai diberikan oleh mana-mana orang berdaftar dan pembayaran bagi perkhidmatan bercukai itu dibuat kepada
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
7
apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, cukai perkhidmatan yang dikehendaki untuk diakaunkan hendaklah menjadi genap masa pada hari syiling, token atau seumpamanya itu dipungut daripada mesin atau alat itu;”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Perenggan (3)(c) tidak terpakai bagi perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai selepas 1 September 2018.”.
Bahagian VII
Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 41 seksyen yang berikut:
Bahagian VIII
Bahagian VIII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 47 seksyen yang berikut:
Bahagian IX