Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian X · Bahagian X Penguatkuasaan dan Penyiasatan
117. Section 117
Feedback & supportJika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang telah dilakukan oleh suatu perbadanan dibuktikan sebagai telah dilakukan dengan dipersetujui atau dengan dibiarkan oleh, atau sebagai berhubung-kait dengan apa-apa kecuaian di pihak, seseorang pengarah atau pekerja perbadanan itu, atau seseorang yang berupa sebagai telah bertindak atas apa-apa jua sifat itu maka dia, dan juga perbadanan itu, adalah melakukan suatu kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didakwa dan dihukum dengan sewajarnya.
Tertakluk kepada subseksyen (3), bagi maksudmaksud seksyen ini, seseorang adalah disifatkan sebagai pengarah sesuatu perbadanan jika dia memegang jawatan pengarah dengan apa jua nama dia dipanggil atau jika dia adalah seorang yang mengikut arahan-arahan atau petunjuk-petunjuknya pengarah-pengarah perbadanan itu atau mana-mana daripada mereka itu bertindak.
Seseorang itu tidaklah boleh, semata-mata oleh sebab pengarah-pengarah sesuatu perbadanan itu bertindak mengikut nasihat yang diberi kepadanya atas sifat profesional, dikira sebagai seseorang yang mengikut arahan-arahan atau petunjuk-petunjuknya pengarah-pengarah itu bertindak.