Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VIII · Amalan-Amalan Dagangan

66. Section 66

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, selepas berunding dengan syarikat bursa, melalui pemberitahuan yang disiarkan di dalam Warta menubuhkan dan menetapkan had-had tentang banyaknya perdagangan yang boleh dijalankan, atau kedudukan-kedudukan yang boleh dipegang, oleh mana-mana orang di bawah kontrak hadapan mengenai sesuatu komoditi tertentu di dalam, atau tertakluk kepada kaedah-kaedah, pasaran komoditi yang berkaitan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai melarang Suruhanjaya daripada menetapkan had-had dagangan atau kedudukan yang berlainan bagi komoditi-komoditi, pasaran-pasaran komoditi atau bulan serahan tertentu yang berlainan atau daripada mengecualikan transaksi-transaksi tertentu yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

Report

Bahagian X

Bahagian X Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Schedules