Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors
s 1Section 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dagangan Komoditi 1985 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberi-tahuan dalam Warta.
"bank berlesen" ertinya sesuatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank 1973;
s 2Section 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"Bursa Komoditi Dinyatakan" ertinya mana-mana jua bursa komoditi luar negeri yang dinyatakan oleh Menteri melalui perintah dari semasa ke semasa;
"firma" ertinya sesuatu pertubuhan yang tidak diperbadankan terdiri daripada dua orang atau lebih;
"hari yang ditetapkan" ertinya hari yang Akta ini mula berkuatkuasa;
Tajuk ringkas dan mula Pu(B)86/56
berkuat-kuasa. 1.3.86
"juruaudit"ertinya seseorang juruaudit syarikat yang diluluskan dalam erti Akta Syarikat 1965;
"kaedah-kaedah pasaran komoditi" ertinya kaedah-kaedah yang mengawal perjalanan pasaran komoditi yang berkenaan atau orang-orang yang berdagang kontrak hadapan komoditi dalam komoditi atau komoditi-komoditi yang berkenaan, walau apa jua namanya kaedah-kaedah itu disebut dan di mana jua ianya terkandung;
"kemungkiran", berhubungan dengan kegagalan seorang peniaga atau seorang anggota untuk menunai-kan obligasi undang-undang, ertinya kemungkiran yang timbul dari sebarang pecah amanah, salahguna, tipuan atau salahbuat yang dilakukan oleh seorang peniaga, wakil peniaga atau anggota atau oleh mana-mana jua pengarah, pekongsi atau pekerja, mengikut mana yang berkenaan, kepada peniaga atau anggota yang tersebut berkenaan sebarang wang, kontrak hadapan atau hartaharta lain seseorang kelayan kepada peniaga atau anggota itu;
"kontrak hadapan" ertinya sesuatu kontrak atau opsyen atas sesuatu kontrak yang disempurnakan di mana-mana bursa komoditi untuk membeli atau menjual komoditi untuk serahan hadapan;
"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang Suruhanjaya Dagangan Komoditi yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
"Kumpulan Wang Pampasan" ertinya kumpulan wang pampasan yang ditubuhkan di bawah seksyen 80;
"Lembaga Pengurusan" ertinya lembaga pengurusan bagi syarikat bursa;
"Menteri" ertinya Menteri yang buat masa sekarang adalah bertanggungjawab bagi dagangan hadapan komoditi;
"obligasi undang-undang" termasuk sesuatu obligasi yang timbul di bawah sesuatu kontrak, kuasi-kontrak atau amanah (termasuk sesuatu amanah konstruktif);
"orang berdaftar" ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta ini sebagai seorang peniaga, wakil peniaga, penasihat dagangan komoditi atau wakil penasihat dagangan komoditi, mengikut mana yang berkenaan;
audit syarikat yang t 1965;
ti" ertinya kaedah pasaran komoditi yang berdagang n komoditi atau n, walau apa jua t dan di mana jua dengan kegagalan ta untuk menunai-kemungkiran yang salahguna, tipuan seorang peniaga, eh mana-mana jua engikut mana yang gota yang tersebut adapan atau harta-da peniaga atau atu kontrak atau disempurnakan diembeli atau menin;
Kumpulan Wang ing ditubuhkan di ertinya kumpulan bawah seksyen 80;
nbaga pengurusan at masa sekarang gangan hadapan k sesuatu obligasi ak, kuasi-kontrak nah konstruktif);
yang didaftarkan g peniaga, wakil oditi atau wakil gikut mana yang
"pasaran komoditi" ertinya suatu tempat yang disedia dan disenggara oleh syarikat bursa bagi memperdagangkan komoditi pada amnya atau khususnya, sama ada di bawah kontrak hadapan atau secara lainnya;
"penasihat dagangan komoditi" ertinya seseorang yang bertindak sebagai penasihat dagangan komoditi dalam erti seksyen 34 dan yang didaftarkan sedemikian di bawah Akta ini;
"pengarah" termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan dengan apa jua nama dipanggil dan termasuklah seseorang yang mana arahan atau petunjuknya pengarah-pengarah sesuatu perbadanan itu lazim bertindak dan termasuklah juga seseorang pengarah silih ganti atau ganti;
"peniaga" ertinya seseorang yang bertindak sebagai peniaga dalam erti seksyen 33 dan yang didaftarkan sedemikian di bawah Akta ini;
"perbadanan" ertinya sesuatu pertubuh perbadanan yang ditubuh atau diperbadankan atau yang sedia ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuklah mana-mana syarikat asing tetapi tidak termasuk—
s 3Section 3
Maka dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama "Suruhanjaya Dagangan Komoditi", yang akan kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa dan kuasa untuk memperolehi dan memegang harta alih dan harta tak alih dan melupuskannya atau sebaliknya membuat apa-apa urusan mengenainya, dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.
s 5Section 5
Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperlukannya untuk menjalankan fungsi-fungsiinya di bawah Akta ini khususnya---
s 6Section 6
Apabila Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa keadaan darurat wujud, Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa—
s 7Section 7
Walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mana-mana mahkamah yang mengkaji semula apa jua tindakan Suruhanjaya di bawah seksyen 6 tidaklah boleh memerintahkan injunksi atau mandamus melainkan ianya telah ditentukan selepas notis diberi kepada dan mendengar pihak-pihak yang berkenaan bahawa tindakan yang diadukan itu adalah arbitrari, tidak tegas, menyalahgunakan budi bicara, atau selainnya tidak menurut undang-undang.
s 8Section 8
Menteri boleh memberi kepada Suruhanjaya apaapa arahan yang difikirkannya patut, yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, tentang penjalanan atau pelaksanaan oleh Suruhanjaya akan fungsi-fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini.
s 9Section 9
Suruhanjaya hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang Pesuruhjaya Dagangan Komoditi.
s 10Section 10
Di samping fungsi-fungsi yang dinyatakan di bawah Akta ini, Pesuruhjaya hendaklah—
s 12Section 12
Kecuali sebagaimana yang perlu bagi menjalankan atau melaksanakan mana-mana fungsi di bawah Akta ini atau bagi menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang yang telah dilantik di bawah atau yang diambilkerja atau yang telah diambilkerja pada menyempurnakan atau membantu mana-mana orang untuk menyempurnakan peruntukan-peruntukan Akta ini—
s 13Section 13
Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang bernama "Kumpulan Wang Suruhanjaya Dagangan Komoditi" yang hendaklah ditadbirkan oleh Suruhanjaya.
s 14Section 14
Suruhanjaya hendaklah menubuhkan dan menyenggara juga suatu akaun yang dikenali sebagai "Akaun Deposit-Deposit Dagangan Hadapan" yang hendaklah ditadbirkan oleh Pesuruhjaya.
s 15Section 15
Suruhanjaya boleh, selepas berunding dengan Menteri, dan atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, meminjam wang bagi maksud melaksanakan fungsifungsinya di bawah Akta ini.
s 16Section 16
Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri yang diberi selepas mendapat persetujuan Menteri Kewangan, melaburkan Kumpulan Wang Suruhanjaya Dagangan Komoditi atau mana-mana bahagian daripadanya yang tidak dikehendaki dengan segera untuk memenuhi obligasi-obligasi Suruhanjaya atau melaksanakan tugas-tugasnya—
s 17Section 17
Kumpulan Wang Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Akaun Deposit-Deposit Dagangan Hadapan hendaklah tertakluk kepada akaun dan audit mengikut peruntukan-peruntukan Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980.
s 18Section 18
Tiada seorang pun boleh menubuhkan atau menyenggara atau membantu menubuhkan atau menyenggara atau mengemukakan dirinya sebagai mengadakan atau menyenggara suatu pasaran komoditi yang bukan pasaran komoditi bagi sesuatu bursa komoditi yang ditubuh dan dikendalikan oleh syarikat bursa yang telah diberi kelulusan di bawah subseksyen (1) seksyen 19.
Bahagian VII
Akaun dan Audit
Bahagian VIII
Amalan-Amalan Dagangan
Bahagian X