Skip to content

Seksyen 3

of Akta Dagangan Komoditi 1985

ActRepealedProvision 4 of 142

Seksyen 3

(1)

Maka dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama "Suruhanjaya Dagangan Komoditi", yang akan kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa dan kuasa untuk memperolehi dan memegang harta alih dan harta tak alih dan melupuskannya atau sebaliknya membuat apa-apa urusan mengenainya, dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.