Skip to content

Seksyen 22A

Kemudaratan dan hubungan bersebab

of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993

ActIn forceProvision 32 of 65
Seksyen 22A
(1)

Penentuan kemudaratan bagi maksud suatu penyiasatan duti anti-lambakan di bawah Akta ini hendaklah berasaskan keterangan yang berkenaan dan hendaklah melibatkan pemeriksaan secara objektif kedua-dua jumlah pengimportan dagangan subjek dan kesan dagangan subjek pada harga dalam pasaran dalam negeri bagi keluaran serupa dan kesan berbangkit pengimportan ini pada pengeluar dalam negeri keluaran sedemikian.

(2)

Bagi maksud Akta ini, hendaklah ditunjukkan bahawa dagangan subjek, menerusi kesan lambakan, menyebabkan kemudaratan.

(3)

Penunjukan hubungan bersebab antara dagangan subjek dengan kemudaratan kepada industri dalam negeri hendaklah berasaskan pemeriksaan segala keterangan yang berkenaan yang ada pada Kerajaan.

(4)

Kerajaan hendaklah juga memeriksa apa-apa faktor yang diketahui selain dagangan subjek yang pada masa yang sama sedang memudaratkan industri dalam negeri dan kemudaratan yang disebabkan oleh faktor-faktor lain ini tidaklah boleh dianggap disebabkan oleh dagangan subjek.

(5)

Penentuan mengenai ancaman kemudaratan material hendaklah berasaskan pada fakta dan bukan semata-mata pada

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 41

pengataan, terkaan atau kemungkinan yang tipis.

(6)

Dalam membuat penentuan berkenaan dengan kewujudan ancaman kemudaratan material, Kerajaan hendaklah menimbangkan apa-apa faktor yang ditetapkan.

(7)

Dalam hal apabila kemudaratan diancam oleh dagangan subjek, pengenaan langkah anti-lambakan hendaklah dipertimbangkan dan diputuskan dengan perhatian khas.